cara buat donat

Nak sediakan sarapan paling sedap dan memuaskan untuk seisi keluarga di rumah, kenalah belajar cara buat donat yang lembut sekali seumur hidup.

Tak kira golongan kanak-kanak atau dewasa, boleh dikatakan semua orang menyukai donat kerana teksturnya yang gebu dan ditambah lagi dengan teburan gula manis di kelilingnya.

Sekarang donat boleh didapati dalam pelbagai jenis dan bentuk, tapi antara yang biasa dilihat adalah seperti gelang atau cincin.

Jika anda baru berjinak-jinak untuk buat kuih di rumah, boleh mulakan dengan cara buat donat yang dikongsikan oleh Mas Ayu di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

CARA BUAT DONAT GEMUK

cara buat donat

Bahan-bahan:

  • 240gm tepung gandum
  • 40gm gula
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 4 hingga 5gm yis
  • 120gm susu full cream
  • 2 sudu besar marjerin atau butter
  • 2 cubit garam
  • Minyak masak secukupnya

Cara buat donat:

1. Mula-mula, gaul tepung gandum, gula, susu tepung dan yis terlebih dahulu.

2. Kemudian, tuangkan susu full cream dalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

3. Setelah sebati, masukkan marjerin atau butter dan garam. Uli guna mixer (saya guna hook untuk roti).

4. Selepas itu, mix sampai adunan doh jadi elastik.

5. Setelah siap, boleh potong mengikut saiz kesukaan sendiri (saya timbang 45gm setiap doh).

6. Setiap doh yang telah ditimbang itu, bulat-bulatkan (teknik rounding boleh tengok YouTube).

7. Setelah bulatkan semua doh, biarkan sebentar dalam 10 hingga 15 minit bagi kembang sedikit dan lubangkan tengah-tengah.

cara buat donat

8. Setelah siap lubangkan, bairkan dulu sampai betul-betul gebu kembang baru goreng tau.

9. Akhir sekali, goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api perlahan saja. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Bagi menyempurnakan cara buat donat ini, anda boleh hiaskan dengan topping pelbagai perisa seperti coklat, strawberry, vanilla dan banyak lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Ayu

Baca juga: Resepi Donat Lembut Dan Gebu, Nak Pastikan Masak Elok Jangan Skip Langkah ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN