kek simple

Pelbagai resipi kek telah dijumpai tapi tak semua orang terus pandai membuatnya dengan sempurna. Jika anda baru belajar, seeloknya anda cuba buat kek simple terlebih dahulu.

Secara asasnya, kek dibuat daripada campuran tepung, telur, gula, agen penaik dan perisa. Dengan pelbagai bentuk dan saiz, ia sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sebarang jamuan.

Bagi menambahkan kelazatannya, pencuci mulut ini sering diletakkan bahan perisa seperti buah-buahan, kacang, manisan dan sebagainya. Selain itu, ia juga boleh diisi dengan bahan lain seperti sos kastard, whipping cream dan lain-lain.

Nak mulakan langkah untuk buat kek sebenarnya tak susah mana pun, cukup anda ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Jebat Shima di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

RESIPI KEK SIMPLE GUNA 4 SUDU

kek simple

Bahan-bahan:

  • 4 sudu gula
  • 1 biji telur
  • 4 sudu minyak
  • 4sudu serbuk koko
  • ½ sudu teh baking pawder
  • 4 sudu tepung gandum
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, kacau gula dan telur dengan memakai sudu atau garfu saja dalam mangkuk.

2. Selepas itu, campurkan minyak, serbuk koko, baking powder, tepung gandum dan soda bikarbonat bersama adunan tadi. Kemudian, kacau sehingga sebati.

3. Akhir sekali, tuang dalam bekas dan kukus selama 15 hingga 25 minit. Siap untuk dinikmati!

kek simple

Buat pengetahuan anda, ramai yang begitu tertarik untuk mencuba resipi kek simple ini kerana ia dibuat dengan menggunakan 4 sudu yang sangat mudah.

Walaupun nampak ringkas, namun rasanya yang sedap dan lembut memang mengagumkan sampaikan ada yang tak percaya dengan hasilnya.

Jika mahu pencuci mulut ini nampak lebih menarik, anda boleh hiaskan dengan sprinkles, coklat ganache, krim icing dan choco chip mengikut kreativiti tersendiri.

Selain itu, anda boleh gunakan resipi ini untuk buat pelbagai jenis kek dengan hanya menukar serbuk koko kepada perisa lain seperti pandan, kopi, kelapa dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Jebat Shima

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN