kek mangga cheese

Selalunya kek boleh dibuat secara bakar atau kukus, tapi kami telah terjumpa sejenis kek yang boleh dibuat tanpa menggunakan oven iaitu Kek Mangga Cheese.

Resipi oleh Nuryatie PG’s dengan langkah demi langkah di Facebook sangat berguna untuk mereka yang belum pernah buat Kek Mangga Cheese sebelum ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Coklat Cheese, Kaya Dengan Rasa Coklat Yang Cukup Sempurna!

RESIPI KEK MANGGA CHEESE

kek mangga cheese

Bahan-bahan lapisan bawah:

Bahan-bahan lapisan tengah:

  • 250g creamcheese
  • 1 kotak kecil whipping cream
  • 2 hingga 3 sudu gula icing (jika suka manis, boleh tambah)
  • 1 sudu besar gelatin
  • 3 sudu air panas

Bahan-bahan puri mangga:

  • Sebiji mangga
  • 1 sudu besar gelatin
  • 3 sudu air panas

Cara-cara membuat kek mangga cheese:

1. Mula-mula, cairkan butter separuh. Setelah cair, masukkan biskut marie yang telah dihancurkan. Kacau dan masukkan ke dalam loyang, serta padatkan.

2. Selepas itu, blend creamcheese yang 250g. Kemudian, masukkan sekotak kecil whipping cream dan 2 hingga 3 sudu gula icing (jika nak manis, tambah lagi).

3. Seterusnya, bancuh 1 sudu besar gelatin dan campur dengan 3 sudu air panas. Kacau sampai sebati dan masukkan dalam adunan blend tadi, kemudian blend sampai sebati lagi.

*Masa ni nak letak puri mangga atau mangga yang dipotong kecil dalam creamcheese pun boleh.

4. Masukkan adunan blend tadi dalam lapisan pertama, kemudian biarkan beku dalam 15 hingga 20 minit.

5. Bagi menyediakan puri mangga, blend sampai betul-betul halus, campur dengan 1 sudu besar gelatin yang sudah siap dibancuh dengan air panas.

*Saya guna sebiji mangga untuk puri.

6. Kemudian, masukkan dalam loyang tadi. Pastikan creamcheese sudah beku sebab takut nanti adunan bercampur.

7. Setelah itu, boleh letak mangga yang sudah dipotong kecil dan hias ikut kesukaan masing-masing pada bahagian atas.

8. Akhir sekali, sejukkan dan tunggu dalam 4 hingga 5 jam. Kemudian, boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

kek mangga cheese

Perkara yang membuatkan Kek Mangga Cheese ini menarik adalah hasilnya yang seakan-akan aiskrim dan pencuci mulut ini sangat sedap dimakan sejuk-sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Nuryatie PG’s

Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Lalu Di Tekak Terasa Sejuk Manis!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN