resepi donat lembut

Ramai yang sukakan resepi Donat lembut dan mempunyai white ring seperti yang terjual di bakeri kerana nampak gebu dan sedap dimakan.

Buat pengetahuan anda, sebenarnya ada cara tertentu untuk memastikan resepi Donat lembut anda berhasil dan menjadi elok, serta dimasak sepenuhnya.

Suhasnida Ismail telah sudi kongsikan resepi Donat lembut di Facebook, siap cara menggoreng donat yang betul. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Tanpa Rehatkan Doh, Hasil Terlajak Gebu Gebas!

RESEPI DONAT LEMBUT DAN GEBU

resepi donat lembut

Bahan-bahan:

  • 500gm tepung roti
  • 65gm gula (jika nak kurang manis, letak 40gm)
  • 10gm yis
  • 5gm superbake
  • 260 hingga 275ml susu segar (letak sikit demi sikit)
  • 8gm garam
  • 60gm mentega
  • Esen vanilla dan butter oil (tambahan, jika nak wangi)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula sekali campur tepung, gula, yis dan superbake. Kacau sebati (kacau perlahan-lahan).

2. Kemudian, masukkan susu dan garam sekali. Adun sebati jangan sampai lembik sebab nanti nak letak mentega lagi.

3. Seterusnya, masukkan mentega dan uli sampai jadi doh, jangan lembik pula. Jika pakai mixer, kurang sikit lenguh. Adun sampai elastik.

Jika pakai tangan, uli sampai tak melekat pada tangan. Nak donat yang comel, uli sampai elastik. Masukkan doh dalam plastik bersih dan besar supaya senang untuk ramas dan tonyoh doh tersebut.

4. Apabila sudah elastik, keluarkan dan timbang dalam 40gm atau 45gm (jika malas, ikut suka nak besar mana, asalkan bentuknya sederhana saja).

5. Setelah siap, bulatkan dan gelek supaya leper sikit. Letakkan dalam bekas lebih kurang 10 minit, kemudian boleh tebuk lubang. Tunggu lagi dalam 45 minit hingga sejam begitu baru boleh goreng.

resepi donat lembut

6. Cara nak tahu donat sudah boleh goreng atau tak, angkat sebiji dan timang-timang, pastikan rasa ringan dan tak melekat pada tangan. Jika melekat, bermakna donat sudah terlebih perap.

7. Sementara tunggu ia kembang, boleh panaskan minyak dengan menggunakan api kecil saja sebab jika api besar dan terlalu panas, donat akan jadi luar garing tapi dalamnya mentah.

Kami yakin anda akan terkejut dengan hasil daripada resepi Donat lembut ini kerana bukan setakat gebu, malah baunya sungguh wangi dan lembut apabila dimakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Cara Buat Donat Simple Tanpa Tepung, Guna 3 Bahan Je Tapi Sumpah Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN