resepi bubur pulut hitam

Resepi bubur pulut hitam ini adalah salah satu pencuci mulut yang sangat sedap! Kombinasi rasa lemak, masin, dan manisnya benar-benar memikat selera.

Apa yang menarik tentang resipi ini adalah cara penyediaannya yang unik. Kepala santan dimasak secara berasingan, memberikan kelainan yang pasti membuatkan setiap suapan terasa istimewa.

Gabungan bubur yang lembut dengan kuah santan pekat menjadikan hidangan ini sangat memuaskan. Mari kita cubat buat sendiri dan rasai sendiri kelazatannya!

Baca juga: Cara Buat Bubur Som Som Yang Lembut Elok, Makan Sejuk-Sejuk Lazatnya Tak Terkata!

RESEPI BUBUR PULUT HITAM

resepi bubur pulut hitam

Bahan-bahan bubur:

  • 1 cawan pulut hitam
  • 5 cawan air
  • 1 cawan kacang merah
  • 1 keping nise kerek
  • 1/2 senduk gula pasir
  • Santan cair secukupnya
  • Daun pandan

Bahan-bahan kepala santan:

  • Santan pekat secukupnya
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam halus
  • Daun pandan

Cara buat bubur:

  1. Rendam pulut hitam selama 3 jam.
  2. Rebus pulut dengan air biasa. Setelah empuk dan kembang, masukkan nise.
  3. Tambah gula pasir.
  4. Masukkan daun pandan dan santan cair.
  5. Apabila kuah sudah pekat, masukkan kacang merah (rebus kacang merah secara berasingan).

Cara buat kepala santan:

  1. Masak santan pekat bersama daun pandan di atas api kecil.
  2. Tambah garam.
  3. Bancuh tepung beras dengan sedikit santan, kemudian campurkan semua bahan.
  4. Kacau sentiasa hingga pekat dan likat. Apabila sudah meletup-letup, tutup api.Gabungkan bubur pulut hitam dengan kepala santan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman

Baca juga: Mudahnya Nak Buat Bubur Jagung ‘Creamy’, Guna Jagung Tin Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN