fungsi microwave

Ramai orang fikir fungsi microwave atau ketuhar gelombang mikro cuma boleh digunakan untuk memanaskan makanan. Sebenarnya, microwave ada banyak kegunaan lain yang mungkin anda tidak tahu.

Baca juga: Tips Paling Senang Untuk Cuci Microwave & Sentiasa Berbau Harum

FUNGSI MICROWAVE SELAIN MEMANASKAN MAKANAN

Berikut adalah beberapa cara lain anda boleh manfaatkan microwave:

1. Membuat Kentang Bakar

Microwave boleh juga digunakan untuk membakar kentang. Cucuk kentang dengan garpu, taburkan garam dan perasa pilihan anda, kemudian letakkan kentang di atas pinggan yang tahan haba. Panaskan dalam microwave selama 8-12 minit dan kentang siap dimakan!

2. Rangupkan Makanan ‘Masuk Angin’

Jika makanan ringan seperti keropok jadi lemau kerana terdedah, panaskan dalam microwave selama dua minit untuk mengembalikan tekstur rangupnya.

3. Mencairkan Makanan Beku

Microwave sangat berguna untuk proses nyahbeku atau defrost. Makanan beku yang memerlukan masa lama untuk dicairkan boleh dilakukan dengan cepat menggunakan microwave.

4. Mengupas Buah

Microwave boleh membantu mengupas beberapa jenis buah. Buah seperti labu, sengkuang, atau epal boleh dikupas dengan lebih mudah selepas dipanaskan dalam suhu rendah selama tiga minit. Kulit buah akan jadi lebih lembut dan mudah dikupas tanpa merosakkan isinya.

5. Melembutkan Roti

Kalau anda simpan roti dalam peti sejuk, roti boleh jadi keras dan kurang sedap. Untuk melembutkannya, bungkus roti dengan tisu dapur yang sedikit basah, kemudian panaskan dalam microwave selama 30 saat. Roti yang keras akan kembali lembut dan segar.

6. Memasak Nasi

Microwave juga boleh digunakan untuk memasak nasi. Masukkan beras ke dalam bekas yang sesuai untuk microwave, basuh beras seperti biasa, dan tambah jumlah air yang betul. Panaskan pada suhu tinggi selama 5 minit, kemudian pada kuasa 50% selama 15 minit, dan biarkan nasi rehat selama 5 minit sebelum dihidangkan.

7. Sterilkan Sudu dan Garfu

Microwave juga boleh digunakan untuk mensterilkan sudu dan garfu. Ini sangat berguna jika anda mempunyai bayi atau ingin lebih berhati-hati. Pastikan sudu dan garfu anda diperbuat daripada bahan tahan suhu tinggi. Letakkan sudu dan garfu dalam bekas berisi air dan panaskan selama dua minit untuk membunuh bakteria.

Sumber: beautifulnara

Baca juga: Senarai Suhu & Masa Bagi Air Fryer Ikut Jenis Makanan, Barulah Masak Sempurna!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN