Resipi ikan goreng bawang ini nampak ringkas, tapi rasanya sangat luar biasa. Gabungan ikan yang digoreng rangup dengan bawang yang garing dan wangi menjadikan hidangan ini penuh dengan aroma!
Resipi ini memang pilihan tepat untuk bila anda inginkan sesuatu yang cepat, mudah, dan tetap sedap. Dengan bahan-bahan asas yang sentiasa ada di dapur, anda boleh menyediakan hidangan yang lazat ini.
Walaupun nampak mudah, hasilnya pasti memuaskan hati, lebih-lebih lagi bila dihidangkan dengan nasi panas. Jom kita cuba buat!
Baca juga: Tips Ikan Kerisi Goreng Yang Garing & Sempurna, Barulah Tak Hancur Dalam Kuali
RESIPI IKAN GORENG BAWANG
Bahan-bahan:
- Ikan (dibersihkan)
- Serbuk kunyit
- Garam
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Sedikit Ajinomoto (pilihan)
- Cili padi (pilihan)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng ikan sehingga masak dan ketepikan.
2. Hiris bawang merah dan bawang putih, kemudian gaul dengan sedikit Ajinomoto jika suka.
3.Panaskan minyak, kemudian bawang digoreng hingga garing dan letakkan di atas ikan.
4. Goreng cili padi bersama bawang jika mahu, atau abaikan jika tidak suka.
Siap untuk dinikmati bersama nasi panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Asrah Ali
Baca juga: Resipi Sup Sawi Dengan Bebola Ikan, Lauk Legend Mak Kita Dulu-Dulu