kari daging tanpa santan

Menu kari daging tanpa santan perkongsian oleh Zurina Zulkefli ini seakan sama seperti makan di kedai mamak.

Resipinya cukup mudah, hanya perlu menggunakan bahan-bahan ringkas dan cara penyediaan yang tidak renyah.

Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat resipi lengkap seperti di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Tip Masak Kari Ayam Guna Santan Kotak, Dijamin Pecah Minyak Elok!

RESEPI KARI DAGING TANPA SANTAN

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang
  • 1 lobak merah
  • 3 tangkai lada kering
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hirisan halia (ditumbuk)

Bahan rempah:

  • 1 paket serbuk kari daging
  • 3 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yang ditumbuk

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau dan daun kari.
  2. Kemudian, masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
  3. Masukkan air asam jawa. Kalau tiada, boleh ganti gunakan yogurt.
  4. Masukkan semua bahan rempah ke dalam masakan. Gaul sehingga rata.
  5. Seterusnya, masukkan daging, lobak merah dan kentang. Sambung gaul sehingga sebati dengan rempah.
  6. Biarkan jus daging keluar dengan menggunakan suhu api paling kecil.
  7. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
  8. Bila jus daging sudah keluar, masukkan semangkuk kecil air. Biarkan masak dengan api suhu paling kecil.
  9. Akhir sekali, perasakan dengan garam.
  10. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Kari Ayam Hijau Ala Thai Tanpa Rempah Kari, Bau Harum Semerbak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN