milk bun

Baru-baru ini di laman sosial, Milk Bun Thai menjadi perhatian apabila orang ramai tidak ketinggalan untuk mencubanya. Roti ini pada mulanya viral dari sebuah kafe di Thailand dan kini telah menjadi tular di Malaysia.

Sebenarnya roti ini mempunyai banyak perasa. Namun, Milk Bun ini adalah yang paling mendapat permintaan tinggi kerana gabungan rasa susu dan mentega. Teksturnya yang creamy dipadankan dengan roti yang lembut, menjadikannya sangat sedap.

Jom cuba buat sendiri menggunakan resipi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook di bawah.

Baca juga: Bingka Roti Butterscoth, Resipi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang

RESIPI MILK BUN THAI

Bahan-bahan roti:

  • 350g tepung roti
  • 45g gula kastor
  • 15g milk powder
  • 4g yis
  • 1 biji telur
  • 150ml susu cair sejuk (masukkan sedikit-sedikit)
  • 30g butter
  • 3g garam

Cara membuat roti:

  1. Uli semua bahan roti kecuali butter dan garam sehingga sebati (3 minit).
  2. Masukkan butter dan garam, sambung ili sehingga sebati (12-15 minit).
  3. Rounding, potong dan timbang untuk 25g. Rehatkan selama 30 minit.
  4. Ambil adunan dan kemaskan/rounding untuk diletakkan di dalam bekas aluminium (6 pcs satu bekas). Rehatkan 1 jam.
  5. Beruskan adunan dengan susu cair sebelum dibakar.
  6. Bakar pada suhu 180°C menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak.

Bahan diplomat cream:

  • 300g susu cair
  • 50g gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 25g tepung jagung
  • 15g butter
  • 200g dairy whipping cream (sejuk)

Cara membuat diplomat cream:

  1. Masak semua bahan sampai mendidih kecuali butter.
  2. Bila dah siap, campurkan butter.
  3. Putar whipping cream dan campurkan sebati.

Bahan krim untuk dioles:

  • 90g unsalted butter
  • 40g susu pekat

Cara membuat krim untuk dioles:

  1. Campurkan semua bahan.

Bahan topping serbuk susu:

  • 70g milk powder
  • 70g gula aising

Cara isikan cream dan topping:

  1. Setelah roti masak, tunggu sehingga sejuk dan lubangkan sedikit bahagian atas roti.
  2. Isikan dengan diplomat cream.
  3. Setelah itu, oleskan dengan krim untuk dioles dan taburkan topping serbuk susu.
  4. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Bahan By The Mks, Kompas

Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN