cili boh

Tak lengkap bahan masakan di dapur tanpa adanya cili boh dan serbuk cili, tapi sebenarnya terdapat banyak perbezaan di antara kedua-duanya?

Secara ringkas, serbuk cili adalah cili kering yang dikisar manakala cili boh adalah cili kering yang direndam kemudian dikisar dengan air jadikan pes.

Baca juga: Resepi Chili Oil Yang Mudah Dibuat, Makan Dengan Apa Pun Sedap!

Kedua-duanya boleh dibuat sendiri atau beli di pasaran. Namun, setiap satu ada fungsi dan kegunaannya tersendiri. Jom kita lihat perbezaannya!

PERBEZAAN CILI BOH DAN SERBUK CILI

Cili Boh

cili boh

  • Cili kering yang direndam dan dikisar bersama air menjadikan pes.
  • Digunakan untuk masakan berasaskan cili yang menambahkan wangi, rasa dan pedas.
  • Perlu dimasak lama dan sepenuhnya dengan cara goreng, rebus atau tumis.
  • Sesuai untuk masakan berkuah pekat (masak merah, laksa, asam pedas), gorengan (seperti mee goreng), tumisan (seperti sayur goreng) dan salutan perapan.
  • Tahan dalam masa 2 hingga 4 minggu jika disimpan dalam peti sejuk dan tahan 6 bulan hingga 1 tahun jika disimpan dalam peti beku.

Serbuk Cili

cili boh

  • Cili kering yang dikisar jadi serbuk halus atau kasar.
  • Digunakan sebagai salah satu bahan rempah dalam masakan dan tambah kepedasan.
  • Boleh terus tambah dalam masakan atau campur dengan air untuk menjadikannya pes.
  • Digunakan dalam kari, salutan tepung, perapan, buatan sos, penambah rasa atau warna pada tumisan atau kuah.
  • Tahan 1 hingga 2 tahun mengikut cara simpanan. Boleh simpan dalam bekas pada suhu bilik, di dalam peti sejuk atau dalam peti beku.

Walaupun fungsinya berbeza, namun kedua-dua bahan masakan ini masih boleh digunakan untuk menyiapkan hidangan yang sama.

Sebagai contoh untuk masakan kari, jika anda guna serbuk cili, kari akan jadi pedas tapi kuah tak terlalu pekat, manakala cili boh akan buat kari jadi wangi, pedas dan pekat.

Anda boleh gunakan serbuk cili untuk gantikan cili boh (atau sebaliknya), cuma bezanya akan beri kesan kepada rasa, kepekatan makanan dan tahap kepedasan.

Walaupun guna sedikit serbuk cili, ia lebih pedas berbanding cili boh. Oleh itu, anda kena pandai selaraskan rasanya jika nak ganti salah satu.

Ketahanan pun berbeza, iaitu serbuk cili boleh simpan luar tapi cili boh kena simpan dalam peti sejuk supaya tak berkulat cepat kerana ia berasaskan air.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Shafiqah Amira

Baca juga: Baru Tahu Boleh Buat Mee Goreng Sedap Tanpa Cili Kisar, Guna Bahan ‘Ini’ Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN