apam eno

Apam eno adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang menggunakan serbuk eno (sejenis serbuk penaik) untuk membuatkan adunan naik dan menjadi gebu.

Ia biasanya dibuat daripada campuran tepung beras, gula, dan bahan-bahan lain. Kemudian ia dikukus hingga masak. Rasanya manis dan teksturnya lembut.

Apam eno juga biasanya berwarna putih atau berwarna-warni bergantung kepada pewarna makanan yang digunakan. Ia sering dihidangkan semasa majlis-majlis kenduri, perayaan, atau sebagai hidangan pencuci mulut di rumah.

Cara penyediaannya cukup mudah dan rasanya yang ringan serta teksturnya yang gebu membuatkan ia digemari ramai. Jom cuba resipi di bawah seperti yang dikongsikan oleh Puan Rosnani Nani.

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

RESEPI APAM ENO GEBU

Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung beras
  • 1 cawan tapai nasi
  • 1 cawan gula
  • 600 gram air
  • 2 peket Eno biru

Cara-cara:

1. Kisar tapai, gula, dan air sehingga hancur.
2. Tuang campuran tersebut ke dalam bekas dan masukkan tepung beras. Kacau hingga sebati.
3. Peram selama 8 jam.
4. Apabila hendak mengukus, campurkan Eno. Gunakan api besar dan kukus selama 10 minit.
5. Siap! Sedia untuk menjamu selera dan selamat mencuba.

Kredit resipi dan gambar: Rosnani Nani

Baca juga: Resipi Apam Kampung Terlajak Gebu, 1 Adunan Boleh Buat Macam-Macam Perisa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN