ayam phat phet thai

Nak cuba hidangan pedas yang penuh dengan rasa? Ayam Phat Phet Thai ini adalah pilihan terbaik! Resipi ini bukan saja mudah, tapi juga super sedap dan boleh buat anda ketagih.

Dengan campuran bahan-bahan segar seperti cili padi, belacan dan daun limau purut, menu ini akan jadi hidangan yang memikat selera.

Tak perlu risau, cara nak buat pun senang saja. Ikut langkah-langkah ini dan anda akan dapat hidangan ayam pedas yang memukau. Jom cuba!

Baca juga: Rahsia Kesedapan Tomyam Macam Dekat Kedai Thai, Confirm Jadi!

RESIPI AYAM PHAT PHET THAI

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar, dihiris
  • Cili padi
  • Belacan
  • Serai
  • Halia
  • Daun limau purut
  • Asam keping
  • Kunyit hidup
  • Gula
  • Garam
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, serai, belacan, dan cili padi sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis campuran yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam ke dalam kuali dan masak hingga ayam empuk dan masak sepenuhnya.
  4. Setelah ayam masak, masukkan asam keping, daun limau purut, gula, garam, dan bawang besar yang dihiris.
  5. Gaul rata dan biarkan seketika hingga semua bahan sebati dan kuah sedikit pekat.
  6. Hidangkan Ayam Pad Ped ini bersama nasi panas. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ramlah Abdul Ghani

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Pattaya Ala Thai, Ini Tip Senang Bungkus Telur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN