resepi mee rebus terengganu

Setiap negeri mempunyai resepi hidangan menggunakan mi kuning yang menarik dan salah satunya ialah resepi Mee Rebus Terengganu.

Mee Rebus Terengganu ialah hidangan mi yang popular di Terengganu dan cara hidangannya lebih kurang sama seperti Mee Bandung dan Mee Udang.

Jika belum pernah makan Mee Rebus Terengganu, kami cadangkan untuk anda cuba sekali seumur hidup kerana rasa hidangan ini memang lain dari yang lain.

Masliana Ibrahim telah kongsikan resepi Mee Rebus Terengganu di Facebook yang sangat mudah dan sedap. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

RESEPI MEE REBUS TERENGGANU

resepi mee rebus terengganu

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Basuh mi bersih-bersih, toskan dan ketepikan.

resepi mee rebus terengganu

2. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk dengan minyak masak dan goreng sehingga naik bau, kemudian perahkan jus lemon.

3. Masukkan air dan masak sehingga mendidih, kemudian masukkan lobak merah yang telah dipotong bulat.

4. Masukkan telur, kemudian tunggu sehingga masak dahulu.

5. Masukkan udang dan sotong, kemudian tunggu sekejap sehingga masak.

6. Masukkan mi kuning dan semua sayur yang masih tinggal, tapi masak sekejap saja supaya sayur tak layu. Apabila mi sudah okay, boleh tutup api dapur. Siap untuk dihidang!

resepi mee rebus terengganu

Cara buat Mee Rebus Terengganu cukup ringkas tanpa jalan kerja yang renyah, malah bahan-bahan penyediaannya juga mudah dicari.

Maklumlah kadangkala teringin makan hidangan berkuah yang panas, jadi Mee Rebus Terengganu ini memang pilihan tepat untuk anda nikmatinya di rumah.

Jika anda nak resepi Mee Rebus Terengganu ini nampak lebih menarik, boleh taburkan cili potong dan daun ketumbar.  Nak tambah sedap, boleh masukkan sos cili juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Masliana Ibrahim

Baca juga: Resepi Mee Rebus Daging Dengan 5 Langkah, Sekejap Saja Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN