mango shake

Cuaca yang panas memang mengundang ramai orang untuk buat minuman menyegarkan. Jika begitu, hari ini anda boleh cuba buat Mango Shake yang dijamin sedap.

Mango Shake ialah minuman buah-buahan campuran yang dibuat menggunakan buah mangga dan susu dengan rasa yang penuh berkrim, sejuk dan segar.

Minuman ini sangat popular di kalangan orang Malaysia tanpa mengira umur. Jika kanak-kanak juga boleh tertarik dengannya, apatah lagi orang dewasa.

Sebenarnya anda boleh buat sendiri minuman popular ini di rumah dengan mengikut resipi yang dikongsikan oleh Norliza Razali di Facebook ini.

Baca juga: 5 Resipi Sirap Bandung Yang Sedap, Terpaling Padu Dengan Tekak

RESIPI MANGO SHAKE LELEH

mango shake

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Potong sedikit buah mangga secara bentuk dadu untuk digunakan sebagai hiasan atas minuman nanti.

2. Kisar semua bahan dengan menggunakan pengisar. Jika nak lebih sedap, boleh letak banyak mangga lagi.

mango shake

3. Letakkan dalam bekas dan hidangkan dengan buah mangga yang telah dipotong dadu tadi. Jika nak tambah sedap lagi, boleh letak aiskrim vanilla. Siap untuk dinikmati!

Anda juga boleh letakkan di dalam peti sejuk buat seketika supaya dapat menambahkan kesejukan minuman Mango Shake ini.

Tambahan pula cuaca di luar yang panas, dapat minum sejuk-sejuk memang buat tekak anda yang kering terus lega dan segar.

Rasa minuman Mango Shake yang penuh berkrim dan meleleh bersama potongan buah mangga segar dan aiskrim vanilla pasti buat anda terasa puas setelah meminumnya.

Selain menggunakan buah mangga dalam resipi ini, anda juga boleh gantikan dengan buah lain seperti epal, oren, anggur, strawberi dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk kongsikan resipi minuman Mango Shake yang menyegarkan ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang suka buat milkshake di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Norliza Razali

Baca juga: Aiskrim Coconut Shake Cara SIMPLE, Tak Guna Pengisar Dan Ais Pun!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN