puding karamel pandan

Puding karamel pandan ini pilihan tepat jika anda ingin membuat pencuci mulut yang sedap dan mudah. Gabungan rasa karamel manis dengan aroma pandan yang wangi, memang sangat memikat!

Apa lagi best, resipi ini tidak perlu menggunakan telur, sesuai sangat untuk yang ada pantang larang makanan atau alahan telur.

Cara penyediaannya cukup ringkas. Pertama sekali, gula dimasak sampai menjadi karamel yang cantik. Kemudian, satukan semua bahan untuk membuat pudingnya pula.

Selepas itu, puding dibiarkan sejuk dan mengeras di dalam peti sejuk. Memang mudah dan bahan pun tak complicated. Sesuai sangat untuk apa-apa majlis atau nak makan sendiri. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Puding Trifle Versi Mini, Kecil Comel Je Senang Nak Makan!

RESEPI PUDING KARAMEL PANDAN TANPA TELUR

puding karamel pandan

Bahan A:

  • 3 sudu besar gula

Bahan B:

  • 2 cawan air
  • 2 cawan jus pandan (dari 7 helai pandan)
  • 1 bungkus serbuk agar-agar (10 gram)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:

  1. Masak gula dalam loyang guna api perlahan sehingga perang. Ketepikan.
  2. Kemudian, masak semua bahan B sehingga mendidih/pekat. 
  3. Tuangkan ke atas gula yang sudah menjadi karamel tado.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga cukup sejuk dan keras.
  5. Terbalikkan loyang ke atas pinggan dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Mas Cotek

Baca juga: Resipi Puding Jagung Kastard Guna 4 Bahan, Sedap & Lembut Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN