ayam masak bijan

Setiap hari fikirkan lauk ringkas untuk dimasak, jadi kami cadangkan anda buat Ayam Masak Bijan yang simple tapi sedap tak terkata pada hari ini.

Walaupun dikatakan Ayam Masak Bijan ini sesuai untuk orang berpantang, tapi hidangan ini sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Anda boleh buat Ayam Masak Bijan dengan mengikut resipi yang dikongsikan oleh Azizah daud di Facebook ini.

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Tips Goreng Ayam Guna Garam, Sedap Sampai Ke Tulang!

RESIPI AYAM MASAK BIJAN

ayam masak bijan

Bahan-bahan penyediaan ayam:

Bahan-bahan penyediaan sos:

  • 2 cawan stok ayam (jika tiada, boleh tukar dengan 1 kiub ayam)
  • 2 cawan air
  • 2cmb cuka
  • ½ cawan kicap cair
  • 2 cmb gula (ikut kemanisan masing-masing)
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung jagung

Cara-cara:

1. Gaul dada ayam, bawang putih, kicap cair, minyak bijan, telur putih dan sedikit garam, kemudian perap sekejap supaya meresap.

2. Selepas itu, gaul tepung gandum dengan ayam perap tadi sehingga cukup rata.

3. Panaskan minyak masak yang banyak dan mula menggoreng ayam sehingga habis, kemudian ketepikan terlebih dahulu.

4. Campurkan stok ayam dengan air, kemudian masukkan semua bahan penyediaan sos kecuali tepung jagung ke dalam kuali.

5. Biarkan mendidih sehingga keluar buih-buih dan masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan sedikit air.

6. Kacau rata sehingga nampak berbuih-buih dan pekat, kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

7. Selepas itu, kacau rata lagi sehingga kering dan tabur bijan. Siap untuk dihidang!

ayam masak bijan

Anda boleh makan Ayam Masak Bijan ini sebagai lauk dengan nasi yang panas atau ratah begitu saja pun sedap.

Jika nak hidangan nampak lebih menarik lagi, anda boleh taburkan daun bawang di atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Ayam Masak Kicap Madu, Lauk Paling Mudah Tapi Manis Cukup Rasa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN