gulai tunjang

Gulai tunjang merupakan salah satu hidangan istimewa yang berasal dari Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Hidangan ini adalah sejenis gulai yang menggunakan tunjang atau urat kaki lembu sebagai bahan utama.

Jika mahu menikmatinya, tidak perlu terbang jauh ke Indonesia kerana kedai masakan Padang ini sudah banyak dibuka di Malaysia. Setiap kali ke kedai tersebut, pasti wajib memesan menu gulai tunjang ini.

Namun begitu, harganya boleh dikatakan agak mahal kerana faham-faham sajalah, resipi ini dibawa jauh dari negara Indonesia. Oleh itu, apa kata kita pelajari cara memasaknya dengan menggunakan resipi di bawah. 

Baca juga: Cara Buat Bakso Resipi Asli Daripada Orang Indonesia, Mengiurkan!

RESEPI GULAI TUNJANG PADANG

Bahan kisar:

  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Ketumbar
  • Lada putih
  • Buah pala
  • Cengkih
  • Jintan putih
  • Jintan manis

Bahan tumis:

Bahan lain:

  • Tunjang (direbus empuk)

Cara memasak:

1. Rebuskan tunjang sehingga empuk (boleh juga dimasukkan ke dalam slow cooker).
2. Kisarkan semua bahan kisar menggunakan blender.
3. Tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan kisar yang telah diblend halus.
5. Masukkan 2 keping asam keping.
6. Kemudian, masukkan tunjang yang telah direbus empuk.
7. Masukkan santan. Kacaukan dan tunggu sehingga mendidih.
8. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Instagram masakwithpassion

Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN