tempe goreng

Peminat tempe goreng wajib ada stok tempe di rumah. Boleh dikatakan, hampir setiap hari mereka akan makan tempe! Benar bukan, para pencinta tempe?

Namun begitu, pasti ramai yang pernah mengalami masalah di mana tempe menjadi agak berbau dan tidak berapa cantik rupanya.

Jika tempe bertukar seperti ini, jangan dibuang ya. Rupanya ada cara mengolahnya untuk hilangkan bau dan menjadi lebih sedap selepas digoreng.

Berikut merupakan petua yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook. Jom baca dengan lebih lanjut!

Baca juga: Cara Buat Tempe Homemade, Hanya Guna 3 Bahan

PETUA TEMPE GORENG SEDAP MESKI DAH BERBAU & BERTUKAR WARNA

Bahan-bahan:

Cara-caranya:

1. Tumbuk atau kisar semua bahan-bahan. Kemudian rebus bahan-bahan ini bersama tempe yang sudah dihiris.

tempe goreng

2. Buat bumbu secukupnya untuk rebus tempe.

3. Selepas selesai rebus, angkat tempe dan toskan.

4. Celup tempe ke dalam bancuhan celup tepung. 

5. Empunya resipi menggunakan ‘bumbu racik’ seperti dalam gambar. Jika tiada, buat sendiri sahaja bancuhan celup tepung mengikut cara anda.

tempe goreng

Tepung beras, kapur sireh, telur, bumbu racik

6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zalynn Zahir

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN