tom yam telur

Banyak resepi tom yam yang ada sekarang dan semuanya sedap belaka. Tapi pernahkah anda makan Tom Yam Telur Mata yang sedap sebelum ini?

Tom Yam adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah serupa, berasal dari Laos dan Thailand yang menjadikannya sebagai salah satu makanan terkenal di Thailand.

Sekarang Tom Yam telah dihidangkan secara meluas di negara jiran seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Biasanya kita jumpa Tom Yam berkuah merah dan putih yang sering dimasak bersama ayam, udang, sotong dan banyak lagi.

Kali ini, kami terjumpa resipi Tom Yam Telur Mata oleh Arieza Rieza di Facebook yang sangat menarik. Jom cuba!

Baca juga: Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap & Pekat, Nampak Sama Tapi Rasa Lain-Lain

RESIPI TOM YAM TELUR MATA

tom yam telur

Bahan A:

  • 3 biji telur (digoreng mata kerbau separuh masak)
  • 4 batang sosej (potong empat bahagian)
  • 1 bungkus cendawan enoki
  • 2 biji tomato (belah empat)

Bahan B (menumis):

  • 1 bawang besar holland (dimayang halus)
  • 3 biji bawang putih (diketuk)
  • 3 tangkai cili padi
  • Halia

Bahan-bahan lain:

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan bahan menumis, kemudian tumis sehingga wangi, tapi jangan garing sampai kehitaman.

2. Masukkan air bersama bahan-bahan lain, kemudian tunggu sehingga mendidih.

3. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan A dan biarkan seketika, kemudian perasakan dan tutup api. Siap untuk dihidang!

tom yam telur

Ramai lebih suka menu ringkas untuk dimasak, oleh itu anda boleh jadikan Tom Yam Telur Mata sebagai salah satu resipi mudah di rumah.

Cara memasaknya sangat ringkas tanpa banyak jalan kerja yang renyah, jadi tak hairanlah ramai teringin mencubanya.

Manalah tahu tekak tiba-tiba teringinkan makanan berkuah yang panas, bolehlah nikmati Tom Yam Telur Mata yang sedap ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Arieza Rieza

Baca juga: Resepi Tomyam Putih Simple, Kuah Tanpa Pes Lebih Berselera Jadinya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN