jelly rambutan

Musim rambutan adalah antara musim buah paling dinantikan ramai. Salah satu resipi yang paling mudah dan harus dicuba iaitu Jelly Rambutan yang segar.

Semua orang suka rambutan kerana isinya yang segar dan manis dan sering ditanam di seluruh negara tropika khususnya di Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand dan Selatan Filipina.

Musim pertama rambutan di Malaysia adalah pada bulan Jun hingga Ogos, manakala musim keduanya adalah pada bulan Disember hingga Januari.

Jika ingin habiskan lebihan rambutan yang ada, anda boleh cuba resipi Jelly Rambutan yang dikongsikan oleh Normah Bahari di Facebook ini.

Baca juga: Jenis Rambutan Merah Dan Kuning, Mana Lebih Manis Serta Berkhasiat?

RESIPI JELLY RAMBUTAN

jelly rambutan

Bahan-bahan:

  • 1kg buah rambutan (direbus)
  • 20 biji buah rambutan (dihiris panjang)
  • 20gm agar-agar tali
  • 10 cawan air (jika suka lembut lagi, boleh tambah air)
  • 10 sudu gula (jika tak nak manis, boleh kurangkan)
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara:

1. Rebus 1kg rambutan dengan 10 cawan air menggunakan api sederhana dalam 20 minit (keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana elok buat pajeri, gulai atau masak lemak cili padi)

jelly rambutan

2. Masukkan daun pandan dan agar-agar tali, kemudian apabila sudah hancur, masukkan gula.

3. Apabila sudah mendidih, tapiskan dan tuang ke dalam cawan.

4. Hiris rambutan yang segar dan masukkan ke dalam agar-agar tadi. Setiap bekas dihiris satu biji rambutan. Siap untuk dinikmati!

Setelah membuatnya, anda boleh terus simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada bila-bila masa.

Dengan resipi ini, anda akan dapat hasilkan sebanyak 20 cawan Jelly Rambutan. Jika terasa terlalu banyak, anda boleh kurangkan bahan-bahan yang digunakan.

Apabila makan Jelly Rambutan ini, anda akan terasa seperti memakan jelly kelapa, cuma bezanya pencuci mulut ini mempunyai rasa rambutan.

Pencuci mulut yang sejuk dan segar seperti ini sangat enak dinikmati ketika cuaca panas. Selepas makan, badan anda akan terus rasa segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Normah Bahari

Baca juga: Resepi Agar-Agar Kering Guna 5 Bahan, Hasil Cantik Dan Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN