resipi udang masak dirajaKalau anda dah tak ada idea nak masak apa untuk tengah hari ini, apa kata anda cuba resipi udang masak diraja yang sungguh lazat ini. 

Kalau anda buat menu ini kepada keluarga, silap hari bulan mesti akan jadi makanan kegemaran semua.

Jom kita baca resipi yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook ini.

Baca juga: Resepi Kuih Limas, Macam Tepung Pelita Tapi Beza Satu Bahan Saja

RESIPI UDANG MASAK DIRAJA

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg udang (udang galah atau udang kertas)
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 5-6 tangkai cili kering (atau 1-2 sudu cili kisar, warna akan jadi cantik)
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Daun kunyit (optional)

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan serai yang diketuk dan terus tumis hingga bahan-bahan masak sempurna.

3. Masukkan santan Kara dan renehkan hingga kuah sedikit kering.

4. Tambahkan udang dan asam keping ke dalam kuali, kacau hingga udang masak dan kuah sedikit kering.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata.

6. Masak udang sekejap sahaja supaya rasa segar udang tidak hilang.

7. Jika suka, taburkan daun kunyit yang dihiris halus untuk menaikkan aroma.

resipi udang masak diraja

8. Angkat dan hidangkan.

Sumber: Wo-aini Crafter

Baca juga: Resepi Agar-Agar Kering Guna 5 Bahan, Hasil Cantik Dan Tahan Lama

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN