cara masak nasi putih

Pasti ada yang selalu gagal setiap kali masak nasi putih kan? Lebih lagi jika dimasak atas api dapur. Jangan risau, jom MyResipi kongsikan cara masak nasi putih dengan betul supaya cantik kejadiannya.

Bukan apa, kadangkala bila nak kita nak cepat atau tiada elektrik di rumah, kita terpaksa memasak nasi guna dapur gas sebagai alternatif.

Baca juga: Petua Supaya Nasi Lambat Basi, Hanya Letak Satu ‘Bahan’ Ini Semasa Ditanak

CARA MASAK NASI PUTIH ATAS DAPUR

Jom baca perkongsian oleh Puan Amy Farhan di bawah sebagai panduan:

“Cantik kejadian masak nasi atas dapur. Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tips memasak dari chef Korea.”

Langkah-langkahnya:

1. Rendam dahulu beras sekurang-kurangnya selama 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih).

2. Kemudian basuh macam biasa, yang ini ikut terpulang pada masing-masing jika nak basuh 3 kali  atau 7 kali. Kemudian, sukat air macam biasa.

3. Masak atas dapur gas selama 20 hingga 25 minit guna api perlahan-sederhana (ini bergantung pada banyak mana sukatan beras).

4. Selepas 20 atau 25 minit, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

Kredit: Facebook Amy Farhan

Baca juga: Tip Masak Nasi Goreng Dalam Kuantiti Banyak Agar Lambat Basi

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sedap Guna 3 Bahan, Anak-Anak Makan Berselera!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN