ayam goreng berempah simple

Mak-mak yang tak tahu nak buat lauk apa untuk makan tengah hari tapi nak masak dengan cepat, anda boleh cuba buat Ayam Goreng Berempah simple pada hari ini.

Lauk ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi lemak. Makan dengan nasi putih yang panas begitu saja pun sedap!

Istimewanya tentang lauk ini adalah serai yang ditumbuk berasingan menjadikan tekstur serdak dan bertali serta rangup apabila digoreng.

Jika anda nak resipi yang lebih ringkas, boleh cuba ikut seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Wangi, Ikut Cara Ini Supaya Banyak Serdak

RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH SIMPLE

ayam goreng berempah simple

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong 12 hingga 14)
  • 3 hingga 4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
  • 2 hingga 3 sudu makan chili flakes
  • 1 hingga 2 sudu makan tepung beras atau tepung jagung (pilih salah satu saja)
  • Serbuk kari daging (agak-agak)
  • Daun kari secukupnya
  • Kiub pati ayam atau garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan-bahan kisar:

  • 7-10 batang serai
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia

Bahan-bahan kisar kasar:

  • 2 sudu makan jintan manis (disangai terlebih dahulu)
  • 2 sudu makan jintan putih (disangai terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai terlebih dahulu)

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Satukan semua bahan diatas dan gaulkan bersama ayam.

2. Gaul rata dan perap selama setengah jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.

ayam goreng berempah simple

3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar dan mula menggoreng ayam.

4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang!

Anak-anak cukup suka lauk Ayam Goreng Berempah simple sebegini. Semakin banyak serai, semakin sedap dan wangi tau.

Selamat mencuba!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Berempah Kesukaan Anak-Anak, Isi ‘Juicy’ Kalah Kedai Mamak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN