cucur ayam

Setiap kali bangun pagi, mak-mak pasti memikirkan sarapan yang enak buat seisi keluarga. Jika tiada idea, apa kata hari ini anda buat Cucur Ayam yang mudah dan sedap?

Sesetengah orang memanggilnya cekodok, ada juga yang memanggilnya jemput-jemput. Tak kisahlah panggilan apa-apa pun, tiada orang yang akan menolak untuk memakannya.

Biasalah rutin setiap ibu, pagi-pagi lagi dah kena bersiap sedia dengan tugas harian. Kena hantar anak ke sekolah, pergi kerja, beli barang dapur dan sebagainya.

Oleh itu, cucur adalah pilihan sarapan paling tepat buat anda yang sentiasa sibuk pada awal pagi. Ia adalah hidangan yang paling mudah dan cepat disediakan.

Seperti perkongsian Norfazida Gda di Facebook, beliau berkongsi resipi cucur ayam yang sedap dan tak serap minyak. Makan pasti berulang-ulang!

Baca juga: Cucur Kembang Gebu Dan Lemak Manis, Anak-anak Pun Suka!

Resipi Cucur Ayam

cucur ayam

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan ayam rebus/ ayam kisar
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais/air ais
  • 1 cawan taugeh – boleh lebihkan
  • 1/4 cawan daun sup (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/2 biji lobak merah (dihiris/sagat)
  • 1sk cuka (fungsi cucur kurang berminyak)
  • 1/4sk serbuk kunyit
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum, ayam, daun sup, bawang besar, lobak merah, cuka, serbuk kunyit dan garam.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil digaul menjadi adunan yang sedikit pekat sesuai untuk dicucur.

cucur ayam

3. Panaskan minyak menggoreng. Bila minyak telah panas bolehlah cucurkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki.

4. Letakkan taugeh sedikit sedikit sewaktu hendak menggoreng cucur. Goreng cucur sehingga perang keemasan. Siap!

Cucur Ayam bukan hanya dimakan pada waktu pagi saja, tapi boleh juga dibuat untuk minum petang. Makan panas-panas lagilah berselera.

Anda boleh asingkan adunan pagi dengan menggunakan ayam rebus, manakala adunan petang dengan menggunakan ayam kisar. Selamat mencuba!

Sumber: Norfazida Gda

Baca juga: Resipi Cucur Jagung, Buat Untuk Anak Memang Habis Licin Dimakan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN