5 ‘Top’ Kedai Nasi Lemak Popular Di KL 2022, Pecinta Nasi Lemak Wajib Cuba!

Siapa je yang tak suka makan nasi lemak kan? Tambah lagi kalau makan pada waktu siang, memang layan. Nasi Lemak yang sedap selalunya terletak pada sambalnya yang manis manis masam dan pedas. Kalau sedap sambalnya memang boleh tambah berpinggan pinggan.

Di Kuala Lumpur sebenarnya ada banyak kedai makan yang menyajikan nasi lemak yang sedap dan popular di kalangan orang KL. Haa mesti anda nak tahu kan? Jom baca artikel ni dengan lebih lanjut.

5 ‘Top’ Kedai Nasi Lemak Popular Di KL 2022, Pecinta Nasi Lemak Wajib Cuba:

1. Nasi Lemak Tangling @ Taman Tasik Perdana

5 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL, Kalau Anda Pecinta Nasi Lemak Anda Wajib Cuba

Kalau sebut je Nasi Lemak Tangling ni, pasti semua orang familiar. Ini adalah kerana kedai ini memang sudah lama menjual nasi lemak yang sedao sejak dari tahun 1948 lagi. Antara hidangan lauk yang menjadi pilihan orang ramai adalah sambal sotong dan paru goreng. Anda memang wajib try makan nasi lemak di sini.

Alamat: Nasi Lemak Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7.00 pagi – 1.00 petang (setiap hari)

2. Nasi Lemak Mali’s Corner @ Taman Bunga Raya

5 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL

Nasi Lemak Ayam Goreng di kedai ini memang cukup popular di KL. Kalau anda berada di Wangsa Maju anda wajib datang ke sini.  Ayam Goreng mereka sangat rangup dan juicy tau dan yang bestnya mereka anda menggoreng ayam setiap 30 minit jadi bolehlah anda makan panas panas. Memang layan. Tapi pastikan anda datang awal tau sebab di sini memang ramai orang datang untuk makan nasi lemak dan char kuetiaw mereka.

Alamat: Mali’s Corner, Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 5.30 petang – 4.00 pagi (setiap hari)

3. Nasi Lemak CT Garden @ Kampung Baru

5 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL

Mana lagi nak dapat nasi lemak harga seringgit kan pada zaman sekarang ni. Haa Nasi Lemak CT Garden ni dikenali sebagai hidden gem di KL. Kedai ini terletak di Kampung Baru KL. Yang bestnya, nasi lemak di sini dibalut dengan daun pisang dan kertas surat khabar haa macam zaman zaman dulu kan?  Selain itu anda juga boleh memilih lauk sampingan seperti Rendang Daging, Telur Puyuh Sambal, Bergedil, Tempeh goreng sambal ikan bilis, Sardin sambal dan pelbagai pilihan lain. Memang dijamin sedaplah!

Alamat: Nasi Lemak CT Garden, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 petang – 4.00 pagi (Isnin – Jumaat)
5.30 petang – 4.00 pagi (Sabtu & Ahad)

4. Nasi Lemak Wanjo @ Kampung Baru

5 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL

Selain kedai Nasi Lemat CT Garden, Nasi Lemak Wanjo juga memang sangat popular di Kampung Baru tau. Memang beratur la kalau nak makan nasi lemak di sini. Apa yang menariknya di sini, mereka menyediakan pelbagai jenis lauk sampingan yang anda boleh makan bersama nasi lemak di sini. Kedai ini dibuka pada awal pagi sehinggalah tengah malam. Sangat menarik!

Alamat: Nasi Lemak Wanjo, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6.30 pagi – 12.00 tengah hari | 3.00 petang – 1.00 pagi

5. Nasi Lemak Antarabangsa @ Kampung Baru

5 Kedai Nasi Lemak Popular Di KL

Mesti anda oernah dengar pasal Nasi Lemak Antarabangsa ni kan? Haa ini adalah salah satu kedai nasi lemak yang memang dah famous dah di kampung baru KL ni. Kedai ini menghidangkan juadah nasi lemak dan juga lauk-pauk pelbagai variasi yang dijamin kena dengan tekak orang kita. Kedai ini punya lah popular sehingga anda boleh merasai nasi lemak popular ini di cawangan mereka di Bangsar, TTDI dan Kota Damansara.

Alamat: Nasi Lemak Antarabangsa, 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
6.00 petang – 12.00 pagi (Isnin)
12.00 tengah malam – 12.00 tengah hari | 6.00 petang – 12.00 tengah malam (Selasa – Ahad)

Sumber: Says.com 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN