PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-03 10:21:57

Isu kandungan gula dalam makanan ini sejak dulu lagi sudah menjadi topik penting untuk dibincangkan berkaitan pemakanan yang sihat. Dalam kehidupan seharian, secara lumrahnya kita akan terus menjamah hidangan tanpa mengambil berat tentang kuantiti gula dalam makanan tersebut sehinggalah berlakunya masalah kesihatan. Antaranya seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah obesiti.

Jika tidak diambil berat, bimbang masalah kesihatan akan bertambah teruk. Sebaiknya kita harus mengambil langkah awal untuk mencegah masalah kesihatan ini. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, jom kita ikuti tips mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan yang dikongsikan oleh Mios Kitchen menerusi laman Twitter.

1. Berhenti dari minum air berkabonat

Kredit: Iluminasi

Untuk menghasilkan air berkarbonat, ia memerlukan kuantiti gula yang sangat banyak. Antara perkataan yang perlu diberikan perhatian adalah ‘High Fructose Corn Syrup’ (HFCS), iaitu jenis gula yang digunakan dan tidak boleh dijadikan sumber tenaga dalam badan. Sebaliknya, ia ditukarkan menjadi lemak semata-mata. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ia langsung tidak menyumbang kebaikan kepada kesihatan dan sangat memudaratkan.

Kredit: TCER 

Bagi anda yang sudah terbiasa meminum air berkarbonat, gantikan amalan ini dengan meminum air kosong. Cuba amalkan untuk menghabiskan satu liter botol air dalam sehari dan lama-lama anda akan lihat sendiri hasilnya.

 

2. Kurangkan pengambilan nasi

Kredit: MakanLena 

Nasi sememangnya makanan yang wajib untuk tekak orang Melayu. Tak sah kalau tak ada nasi untuk apa jua hidangan. Tapi, ada kalanya kita juga perlu memastikan jumlahnya perlulah dalam keadaan terkawal. Nasi putih mempunyai kadar glisemik yang tinggi yang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah naik. Cuba untuk kurangkan kekerapan pengambilan nasi kepada sekali sehari dengan kuantiti yang kurang. Elakkan makan nasi pada waktu malam bagi membantu proses pencernaan yang lebih baik.

 

3. Lebihkan buah-buahan

Kredit: Dairy Council of California

Makanan seperti kek, kuih-muih dan biskut mengandungi kalori dan gula yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Buah-buahan mengandungi glukos yang menghasilkan rasa manis secara semulajadi, dan ianya jauh lebih elok berbanding manisan buatan (tiruan). Seperti contoh, kuih lepat pisang mengandungi 13gram gula tambahan, sementara buah pisang emas tidak mempunyai gula tambahan. Namun, anda masih perlu berwaspada dengan pengambilan buah-buahan kerana ianya masih manis dan akan masih akan memberi kesan kepada dalaman kita.

4. Baca label makanan

Kredit: Green Life

Sikap kurang peka untuk memeriksa label makanan dalam kalangan masyarakat kita menyebabkan kita tidak tahu kuantiti yang diambil dan bahan-bahan yang digunakan dalam makanan tersebut. Oleh itu, anda boleh mula biasakan dengan membaca label makanan supaya dapat mengetahui kandungan gula yang akan digunakan dalam makanan tersebut. Ini juga dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak semasa pembelian mahupun semasa mengawal jumlah makanan yang diambil.

Selain itu, sekiranya gula tersenarai dibahagian awal senarai ramuan, ini bermaksud gula merupakan bahan utama makanan tersebut. Jadi, buatlah pilihan yang bijak sebelum membeli ya.

 

5. Ubah suai resipi jika perlu

Kredit: Well+Good

Salah satu cara yang paling mudah untuk kurangkan pengambilan gula dalam makanan adalah dengan mengubah suai tahap gula dalam masakan. Contohnya makanan seperti kek atau biskut yang sememangnya banyak menggunakan gula. Kandungan gula untuk membuat coklat cip cupcake sahaja sudah mencecah 100gram dan itu belum termasuk gula yang yang diperlukan untuk membuat hiasan yang manis di atas cupcake tersebut. Oleh itu, cuba kurangkan kuantiti gula kepada separuh daripada kuantiti asal kerana ia tidak akan menjejaskan rasa makanan tersebut.

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN