resepi sup

Kalau anda tengah cari resepi sup halal yang senang, sedap dan sesuai makan masa travel, anda memang kena cuba idea mudah ini. Sup panas memang buat perut rasa lega dan badan pun rasa tenang.

Tak perlu risau susah nak masak, sebab semua resepi sup halal ini guna bahan yang senang jumpa dan cara penyediaan pun ringkas.

Paling menarik, ada sentuhan makanan sunnah seperti kurma, madu, minyak zaitun dan habbatus sauda. Bukan saja bagi rasa sedap tapi bantu beri tenaga dan rasa tenang.

Jom tengok senarai resepi sup halal di bawah ini, dijamin buat anda rasa selesa sepanjang perjalanan waktu sedang bercuti.

Baca juga: 6 Minuman Panas Sesuai Waktu Travel, Hilangkan Penat Badan & Mood Lebih Tenang

5 RESEPI SUP HALAL DENGAN BAHAN SUNNAH, PERUT KENYANG & BADAN TENANG

1. Sup Labu Manis + Kurma

Bahan-bahan:

  • ½ potong labu manis (rebus dan lenyek)
  • 2-3 biji kurma (buang biji, potong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • Susu cair atau air panas
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Rebus labu dengan bawang putih, lenyekkan halus.
  2. Masukkan sedikit susu cair (jika mahu creamy) atau air panas.
  3. Tabur kurma potong dadu, perasakan garam dan kacau perlahan.
  4. Siap! Lembut, manis dan mengenyangkan.

2. Sup Tomato Selasih + Madu

Bahan-bahan:

  • 2 biji tomato masak ranum (potong dadu)
  • 1-2 helai daun selasih segar (basil)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Air panas
  • 1 sudu kecil madu (pilih madu asli)

Cara-cara:

  1. Rebus tomato dan bawang putih hingga mendidih, kacau perlahan.
  2. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
  3. Tutup api, masukkan daun selasih dan tunggu suam baru titis madu.
  4. Sedia dihirup, masam manis segar!

3. Sup Ikan Simple + Habbatus Sauda

Bahan-bahan:

  • Isi ikan putih (beli yang siap fillet)
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • Air panas
  • Habbatus sauda kapsul (pecahkan dan tabur isinya)

Cara-cara:

  1. Masukkan isi ikan dalam mangkuk tahan panas, tuang air panas mendidih.
  2. Tambah sedikit garam dan lada hitam. Tutup rapat biar ikan masak.
  3. Sebelum makan, tabur serbuk habbatus sauda. Sedia dinikmati.

4. Sup Cendawan + Minyak Zaitun

Bahan-bahan:

  • Sup cendawan segera (halal) dalam paket atau tin
  • Air panas
  • 1 sudu kecil minyak zaitun extra virgin

Cara-cara:

  1. Bancuh sup cendawan ikut arahan pada paket/tin.
  2. Bila dah suam, titiskan minyak zaitun.
  3. Siap, sedap dihirup panas, perut pun rasa kenyang dan hangat.

5. Sup Jagung Manis & Lobak + Madu

Bahan-bahan:

  • ½ tongkol jagung manis (boleh juga guna jagung manis dalam tin, tos dulu)
  • ½ batang lobak merah (hiris nipis atau dadu kecil)
  • 1 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • ½ sudu kecil lada sulah (jika suka)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil madu asli (pilih madu yang betul-betul original)
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan air dalam periuk kecil atau guna air panas thermos.
  2. Masukkan bawang putih dan lobak merah dahulu, biarkan mendidih 3-5 minit.
  3. Kemudian masukkan jagung manis. Kalau guna jagung tongkol, hiris dulu.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Didihkan 3-5 minit sampai lobak dan jagung lembut.
  6. Tutup api, biar suam sekejap.
  7. Titis 1 sudu kecil madu sebelum makan. Kacau perlahan supaya sebati.
  8. Siap! Hirup panas-panas, rasa manis semula jadi buat perut dan hati selesa.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 10 Fast Food Halal Di Luar Negara Yang Ramai Tak Tahu, Makan Tanpa Was-Was!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN