PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-21 09:17:33
Dengan teknologi yang serba canggih sekarang ni, semua benda jadi lebih mudah dan ekspres. Termasuklah bila masuk bab-bab memasak. Dengan adanya Air Fryer ni, mommy-mommy tak perlu pening fikir dapur kotor bila nak masak. Sebelum itu, jom kita tengok dulu apa fungsi Air Fryer ni.
Air Fryer adalah barang perkakas dapur untuk menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak, sekaligus menjadikan makanan kita lebih sihat. Bagi korang yang tengah berusaha nak kurangkan makanan yang berminyak, Air Fryer sangatlah membantu korang!
Kalau korang masih tak tahu hidangan apa yang boleh disediakan menggunakan Air Fryer ni, jangan risau! Cubalah masak 5 menu simple ni.
1. Makanan Sejuk Beku
Seperti yang kita sedia maklum bahawa menggoreng makanan sejuk beku seperti nugget, kentang goreng, fish n chip dan bebola daging memerlukan kuantiti minyak yang banyak. Jadi kalau nak kurangkan minyak, gunalah Air Fryer. Rangup pulak tu!
2. Kerepek/Keropok
Waktu-waktu lapang dan masa relax depan TV mesti korang terasa nak kudap-kudap jugak kan? Haa, kalau macam tu apa kata korang cuba goreng keropok ikan atau kerepek pisang guna Air Fryer ni. Cuma tunggu je sampai dia betul-betul masak, lepas tu boleh la mengunyah sambil tengok TV!
3. Pastri
Air Fryer juga boleh digunakan untuk membuat kek, roti dan biskut. Contoh macam tart cheese, roti sosej atau kek coklat cip. Apa yang paling penting adalah ikut resepi yang betul dan sesuai dengan air fryer korang.
4. Sayur-Sayuran
Kredit: Emerils.com
Khas untuk korang yang tengah nak diet, gunakan kemudahan ni untuk masak sayur-sayuran. Dah tak ada alasan untuk malas nak diet tau! hihi
5. Makanan Protein
Kredit: Stay Snatched
Haa ni paling best! Makanan protein seperti ayam, ikan dan telur pun boleh dimasak menggunakan Air Fryer. Tak perlu risau terpercik minyak dah kan?
Haa itulah antara makanan yang korang boleh masak guna Air Fryer yang canggih ni! Lepas ni boleh lah mulakan pemakanan yang lebih sihat.
Selamat mencuba dan beramal!
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…
Sewaktu kecil, mungkin sesekali anda pernah membantu ibu atau nenek untuk membuat kek sedap di…
Cara buat pulut kuning dan kari ayam ini memang cukup mudah! Ia juga merupakan padanan…