PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-20 03:30:27

Bila malam-malam ni biasanya mesti kita akan rasa lapar dan makan je apa yang ada kat dapur tu. Tanpa menghiraukan kesannya, kadang-kadang makanan tu memudaratkan kesihatan kita.

Jadi, lepas ni kita kena lebih berhati-hati memilih makanan supaya badan lebih sihat dan terhindar dari penyakit.

Jom tengok makanan-makanan yang tak elok untuk dimakan pada waktu malam

 

1. COKLAT

Coklat ni makanan paling berkesan untuk kita hilangkan stress, tapi hakikatnya coklat bukanlah makanan terbaik untuk dimakan sebelum tidur. Kandungan gula dalam coklat akan cepat naik dan gula dalam darah turun yang menyebabkan rasa lapar.

2. MAKANAN PEDAS

Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan pedih ulu hati. Lebih memudaratkan  kalau terus tidur selepas makan makanan pedas sebab ia akan menyebabkan gastrik. 

3. BURGER

Makanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutama di bahagian perut anda. Sebabtu bila bangun pagi, buncit akan nampak lagi ketara dan badan pun akan rasa lebih lesu.

4. KENTANG GORENG

Makanan yang paling tak sihat diambil sebelum tidur sebab minyak dan lemaknya akan berkumpul dalam perut korang. Kalau dibiarkan berterusan, kentang goreng ni akan menjadi punca obesiti dan kolesterol yang tinggi!

5. KEK DAN AISKRIM

Kita pun dah sedia maklum yang kandungan gula dalam makanan ni sangat tinggi. Tak elok untuk dimakan waktu malam sebab kandungan gula darah meningkat dan menambah tenaga. Inilah punca korang jadi sukar untuk tidur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN