PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-18 11:20:39

Seperti yang kita sedia maklum, semua produk makanan dan minuman perlu menyatakan tarikh luput bagi memastikan keseragaman pembungkusan makanan termasuklah air kosong. Jika tarikh luput sudah sampai ke tarikh yang dinyatakan, makanan atau minuman tersebut harus dibuang.


Kredit: The Berkey

 

Air mineral juga mempunyai tarikh luput tertera pada setiap botolnya. Walaupun terdapat tarikh luput pada botol air minuman atau mineral, namun hakikatnya air minuman ini sebenarnya tidak mempunyai tarikh luput. Pasti anda turut tertanya-tanya mengapa air mineral juga perlu mempunyai tarikh luput. Oleh itu, jom ikuti perkongsian Dr. Fatimah Salim dan Dr Musfiroh yang menjelaskan sebab air mineral ada tarikh luput.

 

KENAPA AIR KOSONG MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?


Kredit: Daily Makan

 

Peraturan menyatakan tarikh luput pada semua makan dan minuman, termasuklah air kosong sebenarnya telah digunapakai dari New Jersey, Amerika Syarikat pada tahun 1987. Ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menyeragamkan pembungkusan air. Sesetengah air minuman hanya diberikan tarikh luput ‘baik sebelum’ atau ‘best by’ dalam tempoh dua tahun atau kurang dari tarikh pembungkusan.

 

Bagi yang tertanya tentang jenis bahan plastik yang digunakan sebagai botol air, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan botol untuk membungkus air minuman ini diperbuat dari plastik berjenis Polyethylene Terephthalate dan High-density Polyethylene. Walaupun berlakunya kebocoran, namun kedua jenis plastik ini adalah antara plastic yang paling selamat dan tidak akan membahayakan kesihatan.


Kredit: Omnexus

 


Kredit: Byju's
 

Menurut Dr Musfiroh, dari Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan, plastik kategori Polythylene ini kadangkala menyerap bau serta rasa daripada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya. Jenis plastik PETE ini tidak dicadangkan untuk digunakan lebih daripada sekali.

 

Manakala untuk jenis High Density Polythylene pula, jenis ini paling banyak dikitar semula. Ia disebabkan sifatnya yang keras, kuat, tahan pada suhu tinggi dan suhu rendah. Jadi, ianya sesuai untuk digunakan sebagai pembungkus air minuman. Tarikh ini sebenarnya boleh membantu dalam mengenalpasti berapa lama air minuman itu telah dibungkus dalam bekasnya. Ini kerana bergantung kepada beberapa faktor penyimpanan iaitu;

 

  1. Tahap pendedahan kepada cahaya dan suhu


    Kredit: Freepik
     

  2. Suhu dan cahaya berupaya mengganggu keutuhan bahan binaan bekas bungkusan plastik. Ini yang menyebabkan komponen plastik bocor ke dalam air minuman, menjadikan air itu tidak selamat untuk diminum. Sebagai contoh, botol air yang ditinggalkan dalam kereta atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus.
     
  3. Jenis bahan botol bungkusan


    Kredit: Botol Anggun

    Bahan bungkusan terutamanya plastik, boleh mengubah rasa air minuman ini. Hal ini kerana air di dalam botol plastik berpotensi untuk menyerap bahan kimia gas lain daripada persekitaran menyebabkan rasa air berubah.
     

  4. Penyimpanan dalam tempoh masa yang lama


    Kredit: blogmazeer.com

    Faktor ini juga boleh menyebabkan bahan penstabil iaitu antioksida pada bekas kurang berfungsi. Ini juga menyebabkan potensi kontaminasi bakteria pada botol air tersebut meningkat.

 

Oleh itu, penting untuk setiap botol air mempunyai label tarikh luput walaupun air minuman tidak mempunyai tarikh luput. Ini untuk menjamin keselamatan orang ramai ketika meminumnya. Semoga bermanfaat untuk semua!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN