PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-09-03 04:32:10
Siapa je tak kenal buah durian ni? "King of fruits" kata orang putih. buah durian ni yang kalau bawak balik, satu rumah boleh bau. So persoalan dia sekarang, macam mana kita nak simpan buah durian ni so dia tahan lama and still rasa sedap? Haa jom kita baca tips ni!
Ni untuk durian yang belum dibuka tau! Haa, jangan silap pulak. Nanti kang dah busuk salahkan Admin. Durian yang dah matang tu seelok-eloknya simpan tak melebihi dua hari sebab kalau lebih takut jadi terlalu matang. So rasa dia pun nanti tak sama lah. So kena alert lah. Jangan terlupa pulak. Bukan senang pun nak lupa. Bau durian tu punya lah kuat, takkan tak perasan.
Durian yang dah dibuka pulak, kalau korang rasa nak makan nanti, pisahkan isi dengan biji dulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dan seterusnya dimasukkan ke dalam freezer. Bukan sahaja kualiti durian itu terjaga, tapi ia juga akan pastikan aroma durian tu tak tersebar ke makanan lain.
Apabila korang dah bukak durian dan dipisahkan biji dia dengan isi, pastikan korang tak biarkan durian tu di luar lebih dari satu jam. Ini akan memberi kesan kepada rasa dia. Bukan sahaja akan jadi busuk, udara luar pun boleh memberi kesan kepada rasa dan kualiti dia. Mungkin durian itu ada rasa lain atau masam setelah di luar lebih dari satu jam.
Korang ingat dah campak dalam freezer dah settle? Suhu freezer tu macam mana pulak? Suhu ideal untuk durian ialah -15 hingga -20 darjah celcius. Tujuannya adalah untuk pastikan kualiti isi durian itu terjaga walaupun tanpa kulit tebal dan tajamnya. Dia mungkin takkan busuk tapi rasa dia akan lain. Tak sedap lah kiranya.
Mungkin korang nak bagi durian waktu melawat kawan-kawan atau keluarga tapi tak tahu macam mana nak membawanya? Korang boleh guna cooler box atau styrofoam box. Jangan lupa juga untuk balut durian itu menggunakan plastik wrapping yang tebal so bau atau aroma durian tidak terjejas apabila dalam kereta atau tengah panas.
Susah kan nak jaga durian ni? Tak pe admin dah cuba tolong sedikit sebanyak. Mungkin kalau nak buka durian tu pastikan mampu habis lah. Kalau tak, simpan dulu tunggu orang lain juga yang nak makan. Harap-harap durian korang selamat dan tahan lama!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…