Kalau korang dah start berfikir nak jamu kerepek atau kuih apa untuk tetamu masa raya nanti, boleh cuba kuih siput lemak manis. Hanya guna lime bahan sahaja dah boleh buat kuih ni, rasanya rangup dan sedap sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Syifa di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
KUIH SIPUT LEMAK MANIS
Kalau korang dah start berfikir nak jamu kerepek atau kuih apa untuk tetamu masa raya nanti, boleh cuba kuih siput lemak manis. Hanya guna lime bahan sahaja dah boleh buat kuih ni, rasanya rangup dan sedap sekali makan mesti nak lagi. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nurul Syifa di Facebook.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
2 1/2 sdb gula kastor
1 sdk garam halus
3 sdb marjerin
Air sejuk secukupnya
Kredit : Nurul Syifa
CARA PENYEDIAAN
Campurkan tepung gandum, gula, garam dan marjerin. Gaul-gaul hingga sebati semuanya.
- Campurkan air sejuk sedikit demi sedikit ke dlm campuran tadi.
Bila doh sudah sebati, gentel-gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.