Categories: Resipi

4 Resipi Mudah Untuk Anak Yang Susah Makan Sahur, Ibu-Ibu Boleh Cuba!

Kebanyakan ibu pasti pening kepala memikirkan menu sahur simple untuk anak-anak yang baru belajar berpuasa kan? Jangan gusar! Ini dia 4 resipi mudah untuk anak-anak yang tak berselera setiap kali sahur.

Selain itu, menu mudah ini mampu menarik minat mereka untuk makan sahur dan juga mengalakkan mereka untuk berpuasa. Resipi ini telah dikongsikan oleh Afzal Sukasuki di laman sosial Facebook. Semoga bermanfaat ya!

4 RESIPI MUDAH UNTUK ANAK YANG SUSAH MAKAN SAHUR

1. PAI CARBONARA

Bahan-bahan:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Bawang holland dipotong dadu
  • Daging cincang dicuci bersih (400g)
  • Sos Carbonara
  • Kuning telur
  • Sayur campur (optional)

Cara-cara:

  1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika.
  2. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
  3. Kemudian masukkan sayur campur (optional).
  4. Masukkan 1 tin sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
  5. Potong roti paratha kepada 2 bahagian
  6. Letak bahan2-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
  7. Klim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu.

  8. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
  9. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

2. ROTI SOSEJ COMEL

Bahan-bahan:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Sosej ayam
  • Kuning telur

Cara-cara:

  1. Potong Roti Paratha Fatihah tu kepada 12 bahagian kecil seperti pizza.
  2. Potong sosej menjadi 3 bahagian.
  3. Gulung sosej tersebut dengan potongan-potongan kecil roti paratha tadi.
  4. Sapu setiap gulungan sosej dengan kuning telur.
  5. Masak di dalam air friyer pada suhu 180°C selama 5 minit
  6. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

3. PIZZARIA

Bahan-bahan:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Sos Bolognaisse
  • Beacon Ayam/Daging
  • Lada Benggala/Nenas
  • Keju Mozarella

Cara-cara:

  1. Royale Paratha Fatihah dibiarkan lembut pada suhu bilik.
  2. Sapu rata sos bolognaisse.
  3. Susun beacon ayam/daging.
  4. Tabur lada benggala/nenas.
  5. Tabur keju Mozarella.
  6. Bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 15 minit.
  7. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

4. SOSEJ WRAP DENGAN BACON AYAM/DAGING

Bahan-bahan:

  • Royale Paratha Fatihah
  • Salad
  • Beacon Ayam/Daging
  • Moyonnaise dan sos
  • Sosej ayam

Cara-cara:

  1. Masak doh di dalam air fryer selama 10 minit pada suhu 180°C.
  2. Susun salad, beacon dan sosej di atas roti paratha tadi.
  3. Letak sos dan mayonnaise.
  4. Siap dan boleh dihidang kepada anak-anak.

Kredit resipi: Afzal Sukasuki

Baca juga: 10 Resipi Ayam Guna Air Fryer Paling Mudah, Sedap & Menyelerakan

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

5 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

10 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

11 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

12 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

13 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

13 hours ago