Categories: Informasi

5 Cafe Aesthetic Yang Wajib Anda Cuba Di Shah Alam

Bila sebut je Cafe Aesthetic, mesti anda terfikir cafe di sekitar Kuala Lumpur kan? Sebab Kuala Lumpur mempunyai berbagai-bagai variasi cafe aesthethic yang cantik dan memang diketahui oleh ramai orang. Tetapi, tahukah anda bahawa di Shah Alam juga mempunyai banyak cafe yang menarik dan sesuai untuk dijadikan port lepak anda. Jom kita ketahui dengan lebih lanjut 5 Cafe Aesthetic yang wajib anda cuba di Shah Alam.

1. Bukku Café

Bukku Café, adalah kata pinjaman dari Jepun bagi book, kafe ini dinamakan bersempena dengan suasana dalaman kafe ini yang dipenuhi dengan buku-buku untuk pelanggan di sini baca sambil menikmati kopi mereka. Bukan itu je, kafe ini juga ada menawarkan makanan berat dalam menu mereka.

Salah satu makanan yang paling digemari di kafe ini tentulah croissant inti telur masin mereka bersama sepotong kek tiramisu dan secawan air the hijau. Dengar namanya je dah boleh membuatkan anda lapar dan tidak sabar untuk mencuba makanan dan minuman di kafe ini!

Antara menu popular di kafe ini

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (10AM – 5PM)

2. Kedai Makan Fei & Ali

Kedai Makan Fei & Ali adalah salah satu restoran yang paling banyak dikunjungi di Seksyen 9, Shah Alam. Fei & Ali ialah kafe halal yang menyajikan pelbagai jenis makanan budaya di Malaysia. Kafe ini terletak betul-betul di sebelah Foodsbury kafe pertama di Seksyen 9. Yang paling best di kafe ini adalah jika anda seorang pelajar, anda akan diberi diskaun sebanyak 10% haa best kan? Jom kita sama sama terjah kafe ni!

Antara menu mereka

Alamat: 22, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Jumaat – Rabu (12PM – 10PM)

3. The Third Letter

The Third Letter bukan sahaja menawarkan makanan yang sangat sedap, tapi ia juga kerana suasana restorannya yang memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Sekiranya anda merancang untuk cuba makan di kafe ini, pastikan anda memesan sup tomato mereka. Pasti ia akan membuatkan anda ketagih!

Menu kegemaran ramai

Alamat: No 2, Jalan N U8/N, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari (12PM – 9PM)

4. Tea And Toast

 

Kafe ini menyajikan pelbagai hidangan di Malaysia seperti Nasi Lemak, Mee Siam, Yee Mee dan tidak lupa juga minuman tempatan kegemaran sepanjang masa! Salah satu keistimewaan mereka ialah Kopi cham (campuran Milo dan kopi). Rasanya lebih sedap jika dimakan dengan roti bakar! Tea and Toast juga ada menghidangkan telur rebus lembut dan anda boleh mencampurkannya dengan kicap dan lada. Anda wajib cuba kafe ini.

Antara menu sarapan pagi mereka

Alamat: 38, Jalan Jurureka U1/40, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Isnin – Sabtu  (7AM – 4PM)

5. Iggo

“IGGO” adalah sebutan abjad tahun “1990” yang merupakan tahun kelahiran rakan kongsi kafe ini. Dua rakan kongsi ini juga ada menghasilkan beberapa idea dan resipi yang cukup kreatif, antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Aglio Olio dengan telur. Selain itu, kepada peminat kambing, anda harus mencuba Shank Risotto memang dijamin sedap! Kafe ini juga merupakan tempat yang sangat tenang untuk anda makan bersama rakan-rakan atau kelurga.

Menu barat mereka

Alamat: 3, Jalan Setia Prima H U13/H, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Beroperasi: Setiap Hari  (11AM – 8.30PM)

Haa, best kan kafe di sekitar Shah Alam ni? Rugi tau kalau korang ke Shah Alam tapi tak singgah ke kafe-kafe ni. Selamat mencuba!

Sumber: FoodAdvisor 

Wan N

Recent Posts

Resipi Wantan Goreng Inti Ayam Berperisa & Rangup, Ini Tips Supaya Lipatan Tak Koyak!

Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…

5 hours ago

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

9 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

10 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

12 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

12 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

12 hours ago