ayam guna air fryer

Ini dia 10 resipi ayam guna air fryer yang boleh anda cuba di rumah. Cara membuatnya bukan saja mudah namun lebih sihat kerana kurang penggunaan minyak. Hasilnya sama seperti digoreng menggunakan gas dapur.

Kalau tiada idea nak masak apa menggunakan ayam, bolehlah lihat idea resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

10 RESIPI AYAM GUNA AIR FRYER

1) RESIPI AYAM PANDAN

ayam guna air fryer

Bahan-bahan:

  • 500gm dada ayam (potong ketul) – boleh dapat dalam 25 ketul
  • 2 bungkus perencah bihun goreng adabi
  • 2 sudu besar minyak
  • Daun pandan
  • Toothpick/satay stick

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan perencah bihun goreng adabi dengan minyak.
  2. Potong daun pandan dan gulung ayam dengan daun pandan tadi. Cucuk dengan toothpick.
  3. Susun dalam air fryer dan masak menggunakan air fryer selama 20 minit pada suhu 180°C.
  4. Selepas 10 minit, balikkan ayam supaya masak sekata. Sambung masak lagi selama 10 minit. Siap untuk dihidang.

Kredit resipi: AdFie Sya

2) RESIPI AYAM PANGGANG BERSAMA SAYUR

Bahan-bahan:

  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos chicken stock
  • Sos blackpepper
  • Blackpepper kasar
  • Gula perang
  • Secubit garam
  • Satu sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan perap bersama ayam.
  2. Bakar pada suhu 200°C selama 25 minit.
  3. Lagi 10 minit nak masak, masukkan semua sayur dan sambung masak.
  4. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Rossa Fiza

3) RESIPI AYAM MADU MERAH BBQ

Bahan-bahan:

  • 400g ayam tanpa tulang
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos kicap pekat
  • 1 sudu besar sos kicap
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil bawang putih
  • 1 sudu kecil halia
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lima rempah cina
  • 3 sudu besar sos merah
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan perap bersama ayam.
  2. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama 15minit. Pastikan ayam jangan bertindan atau berlipat supaya ayam masak dengan rata.
  3. Pada 5 minit terakhir, balikkan ayam dan sambung masak.
  4. Masak lebihan sos perapan bersama sedikit air, kacau sampai pekat dan tutup api.
  5. Sapu sos pada permukaan ayam. Biarkan sejuk seketika dan siap untuk dihidang.

ayam guna air fryer

Kredit resipi: Nj Nong

4) RESIPI AYAM MASAK KICAP BUTTER

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ayam
  • Bawang merah – potong 4
  • Bawang holland – potong kasar
  • 4 ulas bawang putih –  ketuk
  • Halia – hiris kasar
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan
  • Cili merah besar – hiris kasar
  • Kicap pedas Mahrusi 2tbs
  • Kicap soya cair 1tbs
  • 15-20g unsalted butter
  • Carrot
  • Air

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan. Masuk dalam air fryer.
  2. Bakar pada suhu 200°C selama 20 hingga 25 minit. Selepas 10 minit, kalau ayam dah garing, terbalikkan ayam supaya kedua-dua belah masak sekata. (suhu dan masa mengikut  jenis air fryer masing-masing).

3. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Sha Rini

5) RESIPI AYAM GRILL JUICY

ayam guna air fryer

Bahan-bahan:

  • Ayam / daging (ikut citarasa)
  • Sos lada hitam kimball (Dalam pack senang dan jimat)
  • Serbuk rosemary herbs
  • Serbuk tyhme herbs
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Gula (kena lebih)
  • Campur air panas / air suam sedikit

Cara-cara:

  1. Ambil sos lada hitam letak dalam pekat. Kalau pekat tambah air panas. Kemudian kacau sebati.
  2. Masukkan perasa iaitu garam, serbuk thyme herbs, rosemary, serbuk lada hitam dan juga gula (gula kena lebih sebab nak bagi serap dalam isi ayam/daging tu).
  3. Kemudian kacau sampai dah sebati semua, baru masukan ayam / daging. Perap semalam kalau nak sedap.
  4. Bakar dalam oven atau air fryer. Suhu guna air fryer, 200°C selama 17 minit. Bila dah siap, boleh makan dengan apa-apa sahaja. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Cik Merpati Putih

6) RESIPI AYAM ALA PIZZA HUT

Bahan-bahan:

  • Sayap 10 ketul potong 2
  • Serbuk cili 3 sudu
  • Madu 3 sudu
  • Sos tiram 3 sudu
  • Kicap manis 3 sudu
  • Gula 2 sudu
  • Limau kasturi kecil 1 biji
  • Garam & aji (secukup rasa)
  • Serbuk cili (kalau suka pedas)
  • Gula sedikit (kalau suka manis)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.
  2. Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.
  3. Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit. Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama.

Kredit resipi: Mihah Rosle

7) RESIPI AYAM MADU LAZAT

Bahan-bahan:

  • Bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Gula perang
  • Black Pepper/White Pepper (Ajisho)

Cara-cara:

1. Gaul sebati semua bahan dan perap sekejap. Renjis sedikit minyak.

2. Bakar dalam air dengan suhu 180°C selama 20 minit. Terbalikkan pada minit ke 10. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Nuryusra Ibrahim Kutty

8) RESIPI AYAM TIRAM THAI ALA KHAIRUL AMING

Bahan-bahan perapan:

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam/secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Perap semua bahan seketika. Bakar dalam air fryer pada suhu 180-200°C selama 20 minit.

Bahan sos:

  • 5 ulas bawabg putih
  • 4 biji cili padi merah
  • 3 batang akar ketumbar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji perahan limau nipis/lemon
  • Daun ketumba dipotong halus

Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat bawang putih, cili padu merah dan akar ketumbar.
  2. Gaul sebati bersama bahan-bahan lain. Curah atas ayam yang sudah dimasak. Selamat mencuba!

Kredit resipi: Raja Siti Afiqah Azmi

9) RESIPI AYAM MAYONIS

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mayonis (botol warna merah)
  • Kewpie Dressing roasted sesame

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan-bahan dan gaul bersama dengan ayam. Sukatan agak-agak mengikut kuantiti ayam.
  2. Gaul sebati dan perap sekejap.
  3. Bakar dalam air fryer pada suhu 200°C selama 30 minit. Siap!

Kredit resipi: Fairuz Abu Hassan

10) RESIPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil lada hitam (taknak letak pun takpe)*
  • Sedikit halia (kira hujung jari je)*
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu madu ( nak letak extra pun boleh)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu minyak masak

Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat bahan bertanda (*). Campurkan bersama bahan lain dan gaul pada ayam. Perap selama 2 jam.
  2. Kemudian bakar dalam air fryer pada suhu 180°C selama 20 minit. Lapik aluminium foil untuk dapakat kuahnya.
  3. 10 minit terakhir, terbalikkan ayam dan turunkan suhu kepada 160°C. Siram kuah atas ayam. Selamat mencuba!

ayam guna air fryer

Kredit resipi: Nurul Shafinaz

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN