Dompet makin menipis sebelum hari gaji? Jangan risau, MyResipi ingin kongsikan 4 idea menu jimat yang anda boleh masak mengikut modal bajet harga marhaen.
Al-maklumlah, bila hendak membeli barang dapur ke pasaraya, memang terpaksa membeli ikut bajet yang ada.
Baca juga: Lebih 3.1K Shares, Ibu Ini Kongsikan 15 Idea Menu Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas
Anda tak perlulah hari-hari makan nasi bujang atau nasi dan telur kicap. Tak semestinya perlu memilih untuk makan makanan tidak berkhasiat bila berjimat untuk makan, contohnya mee segera. Banyak lagi makanan lain boleh masak sebenarnya.
Ikuti perkongsian idea menu jimat dari Cik Puan Farah Erda menerusi perkongsian di Lemon8. Memang sedap, berkhasiat dan semestinya jimat!
Siapa kata menu ekonomi tak sedap? Buat sendiri lagi puas hati, sedap dan jimat. Setiap menu, kos tidak lebih dari RM30. Boleh berulang makan sehingga malam.
Kalau masih bujang, boleh saja meal prep dan bahagikan portion sekali makan dan simpan di dalam peti sejuk beku.
Selain jimat, kita dapat maintain makan makanan sihat dengan memasak sendiri. Kita boleh sukat sendiri penggunaan minyak, garam, gula, serbuk perasa.
Kalau boleh, cuba elak memasak menggunakan sos segera. Seperti sos pasta, sangat mudah membuatnya tanpa perlu membeli sos segera yang agak mahal di pasaraya.
1. Spagetti Bolognese Daging
2. Roti Jala dan Kari Tulang Ayam
3. Paprik Ayam Sayur
4. Ikan Cencaru Bakar dan Budu
Semoga bermanfaat dan selamat memasak semua.
Baca juga: Idea Menu Sebulan Bajet RM403 Untuk Bujang, Wanita Ini Kongsi Pengiraan
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…