Categories: Infomasi

Makan Malam Bertukar Tragedi, 4 Beranak Cedera Dapur Gas Steamboat Meletup!

Makan malam empat beranak termasuk dua kanak-kanak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak steamboat meletup dalam kejadian di sebuah restoran di Alam Mesra pada malam Ahad lepas.

Artikel berkaitan: Netizen Tergamam Tengok Tempat Memasak Meletup Masa Tengah Berkelah

4 Beranak Cedera Dapur Gas Steamboat Meletup!

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Roberto Antoni, 28 dan isterinya, Wujon Maria Mae serta dua anak mereka cedera akibat terkena air panas dan letupan berkenaan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 11 kilometer dari BBP Lintas.

“Terdapat empat mangsa dilaporkan melecur terkena air panas dan ada juga yang terkena api.

Mangsa Dikejar Ke Hospital & Diberi Rawatan Awal

“Dua mangsa kanak-kanak dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian manakala dua lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pasukan bomba seterusnya membuat pemeriksaan lanjut bagi mengelak sebarang bahaya lain di lokasi kejadian.

“Operasi terkawal pada jam 9.35 malam dan ditamatkan selepas semuanya berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Nasiha

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago