Categories: Tips & Petua

Bukan Sekadar Mitos, Ini 21 Petua Dapur Orang Dulu-Dulu Yang Dijamin Berkesan!

Nenek moyang kita kalau masuk dapur untuk memasak memang banyak pantang larang dan ada saja petua masakan yang mereka gunakan,

Tiidak dinafikan, sehingga sekarang masih ramai yang menggunakan petua-petua tersebut kerana ia sangat membantu sepanjang proses memasak di dapur.

Jom baca senarai petua orang lama yang MyResipi kongsikan di bawah. Mungkin ada petua yang boleh menyelesaikan masalah anda.

Baca juga: Elak Minyak Merecik Semasa Menggoreng, Mak-Mak Selalu Guna PETUA Ini

21 PETUA MASAKAN ORANG DULU-DULU

1. Santan Pecah Minyak

Suka guna santan dalam masakan? Anda pasti pernah mengalami pengalaman di mana santan menjadi pecah minyak dan berketul. Ia menyebabkan masakan anda kelihatan tidak menarik.

Untuk mengelakkannya berlaku, anda boleh cuba meletakkan senduk kayu di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan. Cara ini dikatakan berkesan untuk mengelakkan daripada santan pecah minyak.

2. Tips Cekodok Lebih Rangup

Semasa sedang membancuh cekodok, letakkan segenggam nasi yang sudah dimasak ke dalam bancuhan tepung.

Ianya dapat melembutkan cekodok dan mengelakkan cekodok anda menjadi liat.

3.Cara Kekalkan Warna Hijau Sayur

Masukkan sedikit gula apabila sedang memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain untuk mengekalkan warna hijau sayur.

4. Hilangkan Bau Hangit Nasi

Untuk menghilang bau hangit nasi, letakkan dua tangkai lada kering ke dalam periuk dan panaskan sekejap selama dua minit.

5. Petua Hilangkan Hanyir Ikan Dan Makanan Laut

Peram ikan yang telah dipotong dengan tepung gandum lebih 10 minit sebelum dimasak. Biar seluruh badan ikan tadi dibaluti tepung gandum.

6. Tips Acar Timun Rangup

Rebus hirisan timun dalam air garam selama hampir setengah jam sebelum dicampur dengan bahan lain seperti lobak, bawang dan campura air gula dan cuka secukup rasa.

7. Tauge Kekal Segar Selepas Beberapa Hari

Untuk memastikan tauge segar walaupun telah disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli ke dalam air yang dicampur sedikit garam sebelum disimpan di dalam peti ais. Tauge akan segar dan tidak masam.

8. Petua Hilangkan Pahit Pada Sayur Peria

Potong sayur peria mengikut cita rasa anda kemudian cuci hingga bersih. Kemudian rendam sayur peria dengan sesudu besar garam selama 15 – 30 minit. Kemudian cuci sekali lagi dan bolehlah dimasak. Sayur peria itu akan hilang rasa pahitnya.

9. Cara Hilangkan Gatal Bila Makan Sayur Keladi

Potong keladi dan bersihkan. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih dan masukkan beberapa keping asam gelugor. Kemudian masukkan keladi tersebut buat seketika dan toskan. Kemudian baru boleh dimasak.

10. Telur Tahan Lebih Lama

Bersihkan semua telur dan lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut.

11. Cara Empukkan Daging

Cara melembutkan daging dalam masa yang singkat adalah dengan memasukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.

12. Peti Sejuk Berbau

Untuk menghilangkan bau yang kurang enak dari peti sejuk,  letakkan arang di dalam peti sejuk. Baunya pasti akan hilang dalam beberapa hari.

13. Cara Buat Coklat Ganache Lebih Berkilat

Ketika sedang ‘double boiler’ coklat untuk membuat coklat ganache, letakkan sesudu mentega untuk menjadikannya lebih berkilat sebelum disapukan ke atas kek.

14. Memekatkan sup/kuah

Kadang-kadang kita terletak banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

15. Cara Hilangkan Tanda Hitam Pada Periuk

Masukkan sedikit serbuk penaik (baking soda0 bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali.

16. Hilangkan Bendi Lendir

Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. Lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

17. Cara Hilangkan Bau Cili Semasa Memasak

Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita. Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam masakan anda, bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda memasukkan daun kari. 

18. Masakan Melekat Pada Kuali

Kuali yang baru dibeli selalunya akan melekat bila kita menggoreng sesuatu. Walaupun selepas disental beberapa kali ianya tetap melekat. Oleh itu apabila anda hendak menggoreng, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali setelah minyak dipanaskan. Selain daripada itu, kuali baru hendaklah selalu digunakan untuk menumis atau menggoreng.

19. Minyak Masak Berbau Tengik

Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan serai. Kemudian, boleh digunakan semula untuk menggoreng.

20. Pisang Cepat Busuk

Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang (kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang tadi hendak di gunakan, pisang tidak cepat busuk.

21. Petua Masakan Lebih Sedap

Petua orang tua-tua jika mahu masakan jadi lebih sedap, tuangkan air ke dalam lesung yang digunakan untuk menumbuk cili, kemudian masukkan air tersebut  ke dalam masakan kita, pasti masakan akan jadi lebih sedap.

Kredit: Rasa, Murai

Baca juga: 6 Petua Goreng Ayam Agar Masak Sempurna & Tak Berdarah

Nasiha

Recent Posts

Resipi Kerabu Pegaga, Rasanya Yang Pedas & Masam Sangat Menyegarkan!

Kerabu pegaga ini bukan sahaja bagus untuk wanita dalam pantang tapi untuk orang bukan dalam…

1 hour ago

Cara Kupas Buah Nanas Dengan Betul, Baru Tak Gatal Lidah & Dapat Rasa Isi Manis

Nanas merupakan makanan superfood yang kaya dengan pelbagai khasiat tersendiri. Masalah yang sering timbul ketika…

8 hours ago

Jangan Ambil Mudah Bekas Makanan Berbau Busuk, Ini Petua Untuk Hilangkan

Jangan ambil mudah jika bekas makanan anda berbau busuk. Bau busuk tersebut mungkin disebabkan oleh…

9 hours ago

Puding Roti Buah Selasih, Penyelamat Roti Yang Tidak Habis!

Puding roti buah merupakan salah satu manisan pencuci mulut yang sangat sedap dan senang dibuat.…

14 hours ago

Cara Masak Sup Bebola Sayur Campur Mudah & Sedap, Anak-Anak Berebut Makan!

Bagi ibu dan ayah yang risau kerana anak sangat memilih makanan atau kurang gemar makan,…

16 hours ago

Donut Labu Anti Gagal, Ini Cara Betul Buat Doh

  Resipi donut labu yang gebu gebas ini sesuai untuk menu makan petang. Padankan pula…

16 hours ago