Ibu-ibu mesti buntu apabila anak-anak tak suka makan sayur. Hah, MyResipi ingin kongsikan 2 jenis mee homemade yang menggunakan sayur dan buah sebagai bahan utama.
Pastinya si comel tak menolak lagi sebab telah dijadikan mee dengan warna yang menarik!
Cara buat mee homemade ini hasil resipi dari Cik Puan Linda Hussin. Langkah-langkahnya amat mudah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang murah dan memang ada di dapur.
Baca juga: Mee Kuning Buat Sendiri, Lagi Kenyal Dan Jimat Guna 5 BAHAN Ini
Yang bagusnya, bila buat mee sendiri ini, tiada bahan pengawet dan lebih berkhasiat untuk si comel makan. Jom lihat cara-caranya.
Saya nak kongsikan dua jenis mee homemade untuk anak-anak yang tidak sukakan sayur. Mee ini bagus untuk anak-anak. Tiada xanthum gum dan pyslium huck. Memang mudah kerana guna piping bag saja.
1. MEE BAYAM/KALE/BASIL + BAWANG PUTIH
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Kisar bayam dgn air dan ambil 95g air bayam.
2. Campur telur dgn air bayam
3. Campurkan semua bahan-bahan kering dan masukkan air bayam dan telur dan gaul sebati.
4. Masukkan ke dalam pping bag.
5. Rebus air sehingga mendidih
6. Pipe panjang-panjang mee ke dalam air yang mendidik dan jangan masak terlalu lama. Angkat dan toskan.
7. Boleh pindahkan ke dalam air sejuk sebentar.
8. Angkat kemudian sapu minyak sedikit agar tidak melekat. Siap.
2. MEE BUAH NAGA/BEETROOT
Bahan-bahan:
Cara penyediaan: Sama seperti mee bayam.
Selamat mencuba kedua-dua resipi mee homemade ini.
Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!
Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…