kedai sedap di kelantan

Tercari-cari kedai sedap di Kelantan?

Kelantan merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan makanan yang sedap dan kini telah digemari oleh kebanyakan orang di seluruh negara. Namun keasliannya hanya boleh didapati di Kelantan, tidak ada di negeri lain.

Mungkin kita sudah biasa mendengar nasi kerabu, kuih tahi itik, akok, cek mek dan sebagainya, bukan? Semua ini berasal dari Kelantan. Boleh dikatakan semua makanan di Kelantan kebanyakkannya sedap-sedap belaka!

Oleh itu, di sini kami senaraikan 35 tempat makan best di Kelantan untuk rujukan anda. Jangan lupa terjah kalau anda bakal bercuti ke negeri ‘serambi Mekah’ ini.

Baca juga: 10 Tempat Makan Viral & Paling ‘TOP’ Di Kelantan

35 KEDAI SEDAP DI KELANTAN

1) Suwarin Jinda Cafe

Sebelum ini, restoran ini lebih dikenali dengan Kafe Hospital Pantai. Kedai yang terletak di Kota Bharu ini terkenal dengan makanan Thai yang sedap.

Antara makanan yang pasti membuatkan anda jatuh cinta semestinya Daging Harimau Menangis, Set Siakap Bakar, Shellout Thai Suwarin dan Perut Bulat Bakar yang menjadi menu terlaris di kedai ini. Ada juga set muk bang, set miang, set suwarin, aneka kerabu dan banyak lagi menu yang perlu anda cuba jika ke Kelantan.

  • Alamat: Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu Kelantan.
  • Waktu operasi: Rabu-Isnin (3.30 pm-11.30 pm)

2) Warung Acu Tera

Kedai ini cukup terkenal dengan aneka celup tepung yang sedap, rangup dan segar, ramai yang sanggup beratur lama untuk merasai keenakannya terutama sewaktu cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu.

Satu keunikan makan aneka celup tepung di sini adalah lokasinya sangat cantik. Hal ini kerana kedai ini terletak di tepi pantai. Sambil makan, dapatlah pengunjung menikmati suasana yang sangat cantik dan mendamaikan.

  • Alamat: Jalan Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-10.00 pm)

3) Restoran Cikgu Nasi Ulam Kampung Kraftangan

Restoran Cikgu Nasi Ulam terkenal dengan masakan melayunya. Untuk para wanita, tempat ini pasti menjadi tarikan kerana tersedianya juadah ulam pelbagai jenis.

Restoran Cikgu Nasi Ulam ini berkonsepkan layan diri. Jadi kenalah ambil makanan anda sendiri. Kami pasti anda akan berpuas hati dengan menu pelbagai jenis yang disediakan dengan harga yang sangat berbaloi.

  • Alamat: Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota (15300), Kota Bharu
  • Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 am-10.00 pm)

4) Kedai sedap di Kelantan – Kopitiam Kita

Roti Titab merupakan menu ‘signature’ kafe Kopitiam dan perlu dicuba. Selain itu, daripada Nasi Kak Wok, Nasi Air Dingin sehinggalah kepada Nasi Tumpang Kubang Pasu, semuanya boleh didapati di kafe ini.

Malahan lebih membanggakan adalah kunjungan daripada selebriti dan juga pemimpin-pemimpin politik yang sering menjamu selera di kafe ini.

  • Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu
  • Waktu operasi: Isnin-Ahad (6.00 am-2.00 pm)

5) Sabye Sabye Cafe

kedai sedap di kelantan

Sabye Sabye Café yang menyajikan masakan panas, masakan Thai, makanan barat, makanan Korea, dessert dan makanan viral! Sesuailah buat mereka yang ingin datang dalam kelompok yang ramai tetapi mempunyai citarasa berlainan.

Antara menu yang perlu anda cuba adalah daging harimau menangis, sotong pecah perut, mantou dan buttermilk dan lain-lain. Tengok menu pasti rambang mata untuk memilih.

  • Alamat: PT 647/3 (Bawah), Kampung Paloh, 16040 Wakaf Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Khamis-Selasa (3.00 pm-12.00 am)

6) Kedai sedap di Kelantan – Rumah Singgora 

Ini tempat yang perlu anda kunjungi dan rasai masakan yang padu. Berada dikelilingi tumbuhan menghijau ala-ala di perkampungan, menambahkan lagi kesedapan makanan tersebut.

Bukan sekadar menawarkan makanan yang mempu mengimbau nostalgia, malah di sini pengunjung dapat belajar tentang adat dan budaya setempat.

Nak sebut kesemua menu memang tak terkira. Ada ikan bakar, udang masak petai, siput sedut, ulam-ulaman, buah-buahan dan lain-lain. Malah kuih tradisional juga ada buat pengunjung.

  • Alamat: Singgora, Lot 860 Kg Air Deras, Jalan Tengku Maasum Mukim Padang Enggang Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Khamis-Selasa (11.30 am-5.00 pm)

7) Warung Pak Mat Pulau Pisang

kedai sedap di kelantan

Sebut sahaja teh tarik madu, Warung Pak Mat Pulau Pisang inilah yang paling terkenal dengan menu itu.  Boleh dikatakanteh tarik madu di sini boleh bikin sesiapa sahaja terliur melihat buih air teh tarik  ini berjurai keluar.

Selain itu, menu lain yang dicadangkan adalah sup ikan. Warung Pak Mat Pulau Pisang ni tidak perlukan menu yang bermuka-muka surat.

  • Alamat: Medan Ikan Bakar Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Rabu-Isnin (7.30 am-4.30 pm)

8) KB Patin Haus

Tak perlu bersusah payah ke Kuantan semata-mata ingin merasai gulai tempoyak ikan patin kerana di Kota Bharu sudah ada kedai yang pasti memenuhi citarasa anda.

Datang je ke sini kerana terdapat banyak lauk-pauk dan gulai yang pasti membuat anda menjilat jari. Makan Sotong Pecoh Perut, Gulai Patin Tempoyak bersama nasi panas dan cicah pula ulam dengan budu, pasti terangkat!

  • Alamat: Berhadapan AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.00 am-5.30 pm)

9) SIAM – Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food

kedai sedap di kelantan

Hidangan Thai di sini dikatakan enak dan persis street food di Bangkok. Antara yang boleh dicuba ialah Daging Bakar Thai, Pulut Sua Rong Hai dan Phad Kra Pao.

  • Alamat: 78 No, Seksyen 26 Lot, 4830, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu Operasi: Isnin – Khamis, 3 – 10.30 pm manakala Jumaat – Ahad 3 – 11.30 pm

10) Kedai sedap di Kelantan – Yati Ayam Percik

Selain nasi kerabu, Kelantan turut terkenal dengan makanan percik yang amat popular. Tambahan pula dimakan dengan nasi kerabu. Tidak hairanlah jika Restoran Yati Ayam Percik ini amat popular dan mendapat perhatian ramai.

Keistimewaan restoran ini adalah ayam, daging serta ikannya dipanggang di atas arang kayu yang menghasilkan aroma serta rasa yang berbeza. Pastinya rasa yang unik ini turut disumbang oleh adunan rempah ratus yang unik serta rahsia.

Begitu juga sos perciknya yang dikatakan lemak berkrim dan digemari oleh penduduk setempat mahupun pengunjung dari luar.

  • Alamat: 847 Jalan Long Yunus (Jalan Pekeliling), Kota Bharu

11) Nasi Kerabu Azma, Pasir Pekan

Kelantan dan nasi kerabu tidak akan boleh dipisahkan sampai bila-bila. Malah anak-anak Kelantan akan terus mencari nasi kerabu walau ke mana pun mereka merantau. Jadi tidak hairanlah jika nasi kerabu boleh didapati di mana-mana saja di Malaysia.

Tidak sah kalau ke Kelantan tidak makan nasi kerabu. Jadi di sini kami kongsikan restoran yang menghidangkan nasi kerabu yang enak dan boleh anda cuba jika berada di sini.

  • Alamat: Kampung Baharu, 16210 Tumpat, Kelantan
  • Waktu operasi: Sabtu-Khamis (3.00 pm-8.00 pm)

12) Satay Razak Wakaf Bharu

  • Alamat: Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor 16200 Tumpat
  • Waktu operasi: Sabtu-Khamis (4.00 pm-9.00 pm)

13) Kedai sedap di Kelantan – Restoran Pohon Nako

kedai sedap di kelantan

Restoran ini pernah dianugerahkan Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) pada tahun 2016 kerana mereka menawarkan harga yang amat berpatutan untuk makanan mereka. Jadi buat sesiapa yang ingin jimat, singgah saja di restoran ini!

Harga yang murah tidak bermaksud kualiti dan kuantiti makanannya terjejas ya! Saiz hidangan untuk setiap makanan memang besar. Antara menu yang sering dipesan ialah nasi kuah kari berlaukkan ayam kampung atau ikan keli.

  • Alamat: No. Lot 1057, Tingkat Bawah, Jalan Che Su, 15050, Kota Bharu, Kelantan, 15000
  • Waktu operasi: Sabtu-Khamis (11.15 am-4.30 pm)

Nantikan update selanjutnya dari kami mengenai senarai kedai makan best di Kelantan.

Kredit: Saji

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN