bahaya untuk ekzema

Sayur dan buahan sangat elok dimakan, namun sangat bahaya untuk ekzema. Bukan semua sayuran dan buahan boleh dimakan oleh penderima ekzema ini.

Ada 13 sayur dan buah yang wajib dielak buat penderita ekzema. Namun, bukan ‘selamanya’ penderima ekzema harus menjauhi sayur dan buahan ini. Mereka perlu pantang dari memakannya buat sementara waktu selagi ekzema belum baik.

Pasti anda juga sudah berhabis duit membeli krim dan tak tidur malam apabila lihat anak bergaru setiap malam.

Mari kita lihat apakah sayur dan buah itu yang suka membuat onar pada ekzema di bawah.

1. Tomato sangat bagus dimakan penghidap kanser, tapi bukan penderita ekzema kerana ia sangat tinggi histamine dan menyebabkan gatal.

bahaya untuk ekzema

2. Jagung antara makanan yang sangat digemari semua orang. Malang sekali jagung boleh menjadi pencetus ekzema selagi tidak pulih.

bahaya untuk ekzema

3. Brokoli yang menyihatkan ini harus dihindari sepenuhnya kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif buat usus penderita ekzema. Jika tetap dimakan, ekzema akan semakin teruk atau lambat pulih.

bahaya untuk ekzema

4. Cendawan merupakan sayuran yang wajib hindari kalau sakit kulit. Ibu-ibu yang ada anak ekzema, hindarkan dari beri makan kepada anak. Cendawan tinggi histamine yang menyebabkan gatal.

5. Bell peppers sayur yang enak namun ia tinggi GMO, tinggi alkaloid dan solanine yang menyebabkan keradangan kulit bertambah parah (kalau radang ekzema dah pulih tak ada masalah nak makan sayur ni).

6. Pineapple atau nenas ni antara buah-buahan citrus yang wajib elak. Boleh menyebabkan ekzema susah nak pulih kerana citrus boleh menjadi pencetus (trigger) eczema.

7. Kubis antara sayur yang tinggi histamine dan menyebabkan gatal.

8. Anggur wajib dielak selagi ada ekzema. Anggur ini sangat bahaya untuk ekzema.

9. Buah mata kucing kena elak juga walaupun ia enak namun akan mengakibatkan ekzema lambat sembuh.

10. Kiwi sama macam anggur. Kiwi juga buah yang bahaya untuk kulit ekzema.

11. Berries tak kisah sama ada strawberry, blueberry atau raspberry adalah tinggi histamine yang boleh menyebabkan gatal.

12. Buah kering seperti aprikot kering, kismis, figs atau teen, prunes atau kurma walaupun bagus untuk kesihatan tapi bila ada ekzema adalah BIG NO sebab ia tinggi gula tersembunyi dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah buahan kering ni boleh sebabkan ekzema gatal dan radang.

Kredit: Mizhana Padzi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN