Ada banyak manfaat minum air kelapa untuk tubuh badan anda. Buat anda yang masih mencari-cari penawar kesihatan, air kelapa adalah yang terbaik. Namun begitu, ia perlu diminum secara konsisten dan tidak berlebihan.
Minuman ini bukan sahaja sedap bahkan juga rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan.
Nak tahu lebih lanjut apa khasiat air kelapa? Jom sama-sama baca perkongsian di bawah.
Air kelapa mengandungi kalium dan kalsium yang dipercayai dapat menurunkan kadar kolestrol dan mengawal degupan jantung yang normal.
Minuman ini juga bagus untuk anda yang sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat. Hal ini kerana 1 cawan air kelapa hanya mengandungi 8 gram karbo.
Air kelapa mempunyai indeks glisemik yang sangat rendah iaitu sebanyak -3. Sekaligus menjadikan ia minuman yang sihat untuk penghidap diabetes.
Namun begitu, anda masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambilnya dalam diet harian.
Secawan air kelapa (200ml) hanya mengandungi 48 kalori dan 0 lemak, menjadikan ia minuman yang mampu menurunkan berat badan anda.
Jika mengambil segelas air kelapa sebelum makan, ia juga dapat mengelakkan anda makan secara berlebihan.
Air kelapa memgandungi jumlah kalium yang tinggi dan ianya bagus untuk pesakit hipertensi dalam mengimbangi nisbah elektrolit dan mengawal tekanan darah tinggi.
Mengambil makanan yang kaya kalium berupaya mengeluarkan lebih banyak natrium daripada tubuh badan melalui air kencing. Tetapi harus diingatkan, jangan mengambil secara berlebihan kerana berisiko mengalami tekanan darah rendah.
Air kelapa boleh membantu mengeluarkan toksin melalui air kencing. Anda akan kerap membuang air kecil selepas meminum air kelapa kerana ia merupakan kaedah semula jadi yang membantu merawat jangkitan air kencing.
Mereka yang mempunyai batu karang digalakkan untuk mengambil air kelapa disamping 12 gelas air setiap hari.
Air kelapa juga bersifat antimikrobnya yang berfungsi merawat jerawat.
Menerusi kajian, pengambilan air kelapa membantu sistem antioksidan dengan menerutralkan kesan radikal bebas.
Anda digalakkan untuk mengambil air kelapa jika berasa sangat lemah, letih, lesu dan hilang selera makan.
Ia akan membuatkan fikiran anda lebih tenang dan menghilangkan tekanan.
Air kelapa adalah 94% air dan bebas lemak serta kolestrol.
Minuman ini mampu membuatkan tubuh terhidrat sekaligus menyebabkan badan berfungsi dengan baik. Tidur anda juga akan menjadi lebih berkualiti.
Jika sering mengambil junk food, toksin makanan akan terkumpul dalam badan. Pencemaran dan hasil biologi tubuh juga salah satu punca.
Oleh itu, pengambilan air kelapa mampu membekalkan penghidratan dan elektrolit untuk nyahtoksik badan.
Segelas air kelapa mampu mendetoks dan membersihkan toksik serta menghidratkan badan supaya berasa lebih segar.
Kredit: Hello Doktor
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…