Kalau anda jarang-jarang pergi ke Starbucks, past akan keliru setiap kali nak pesan minuman di sana kan.
Buat yang belum tahu, rupanya kita boleh ‘reka’ sendiri minuman kita. Sebab itulah banyak menu-menu rahsia yang dicipta oleh orang ramai.
Untuk mengetahui menu-menu rahsia tersebut, jom lihat 10 ‘secret menu’ dari Starbucks di bawah yang anda boleh cuba sendiri dan mungkin boleh dijadikan ilham.
Gambar: @FoodieMy
Peminat Harry Potter mesti pernah dengar tentang Butterbeer. Tak, jangan risau, diorang tak letak bir pun dalam menu ni. Tapi yang penting minuman ni sedap sangat! Lemak berkrim macam tu.
Gambar: @starbuckssecretmenu.net
Kalau anda tergolong dalam kalangan orang yang suka gabungan coklat dan hazelnut, anda boleh cuba menu rahsia ni. Lagi best kalau anda bawa siap-siap coklat Ferrero Rocher supaya boleh hiaskan di atasnya.
Gambar: @totallythebomb
Kalau ada yang suka makan doh biskut bolehlah cuba menu ni. Rasanya memang sama!
Gambar: @StarbucksRecipes
Toffee Nut Frappe ini lebih mudah untuk didapati pada musim perayaan Krismas. Tetapi alang-alang nak cuba tu, apa salahnya kita tambah baik sedikit menunya kan?
Gambar: @Burpple
Menu rahsia ini tidaklah susah seperti yang lain. Tetapi kadang-kadang, perubahan yang sedikit pun boleh mengubah segalanya!
Gambar: @themacrobarista
Jarang sekali ya nak cari minuman yang betul-betul dikisar dengan kek. Peminat tegar kek berperisa Red Velvet perlu cuba menu rahsia ni. Satu dalam sejuta!
Gambar: @ketotbae (Twitter)
Snek Snickers memang terkenal dengan inti karamelnya yang liat dan likat. Sekiranya anda nak rasa minuman yang kaya dengan rasa karamel, anda kena cuba menu rahsia ni.
Gambar: @Pinterest
Gambar: @totallythebomb
Teh hijau pernah menjadi satu kegilaan di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Tapi memang tak dinafikan, rasanya sangat unik dan enak. Lebih-lebih lagi bila ditambah perisa pudina. Cubalah sendiri1
Gambar: @huffpost
Kredit: Halal Foodie
OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…
Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…
Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di…
Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…
Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…
Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…