Categories: Kesihatan

10 Rahsia Pucuk Paku Yang Ramai Tak Tahu, Nombor 6 Itu Mesti Terkejut!

Rupa-rupanya ada 10 rahsia pucuk paku yang ramai orang tidak tahu. Rasanya juga lazat dan sering dijadikan sebagai  lauk membuatkan sayur ini popular di kalangan penggemar sayuran.

Ada berbagai macam resipi masakan dengan menggunakan pucuk paku, namun yang paling menjadi kegemaran iaitu masak tumis dari sayuran ini.

Baca juga: Ikan Tempatan Yang Berlemak Kaya Omega-3, Bukan Salmon Je Yang Ada

Jika kesihatan anda terganggu, pengambilan sayuran pucuk paku di galakkan kerana sayuran hijau ini mengandungi banyak jenis gizi serta nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh.

Dalam memahami manfaat dan khasiat pucuk paku, MyResipi kongsikan tentang beberapa kegunaan sayur ini untuk kesihatan anda. Berikut ini informasinya:


10 RAHSIA PUCUK PAKU YANG RAMAI TAK TAHU

1. Menjaga daya tahan tubuh

Khasiat pucuk paku yang pertama adalah sebagai sayur sihat yang dapat menjaga daya tahan tubuh anda. Daya tahan tubuh yang baik akan membuat anda memiliki perlindungan yang kuat terhadap serangan penyakit, sehingga tubuh tidak mudah terjangkit penyakit yang mudah merebak.

2. Baik untuk metabolisme tubuh

Khasiat pucuk paku juga sangat baik digunakan untuk membantu metabolisme anda menjadi normal. Tidak normaln metabolisme dalam tubuh akan membuat anda sukar menjaga kesihatan, sehingga banyak penyakit menyerang tubuh.

3. Ubat Gout

Khasiat pucuk paku dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi Gout. Hal ini diperolehi dari banyaknya kandungan dalam sayuran ini untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu serta mengganggu aktiviti.

4. Baik untuk kesihatan tulang

Khasiat pucuk paku baik untuk membuat tulang menjadi lebih sihat. Apa kriteria penting yang membantu tulang yang sihat itu? Tidak mudah patah dan tidak mudah terjangkit penyakit, terutama penyakit kemerosotan tulang yang terjadi pada orang yang mengalami osteoporosis. Tulang anda akan semakin sihat dan juga terjaga.

5. Menyembuhkan luka

Khasiat pucuk paku dapat anda jadikan bahan sayuran yang mampu menyembuhkan luka. Sayuran unik yang satu ini akan membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka anda. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

6. Mencegah penuaan secara semulajadi

Penuaan yang terlalu cepat di usia muda akan membuatkan anda hilang kepercayaan terhadap diri sendiri sekali gus menyebabkan beberapa jenis penyakit. Cegah penuaan ini dengan mengambil sayuran seperti pucuk payu untuk nampak awet muda. 

7. Menyihatkan mata

Kandungan semulajadi yang ada dalam pucuk paku salah satunya adalah vitamin A. Sayuran unik dan hijau ini mengandungi cukup banyak vitamin A yang baik untuk kesihatan mata anda. Selain mencegah iritasi dan kemungkinan penyakit mata lainnya, sayuran ini akan membantu mata anda dari penyakit rabun.

8. Menurunkan berat badan

Berat badan berlebihan tidak hanya akan membuat badan anda terlihat gemuk namun juga menyebabkan banyak penyakit kerana kegemukan. Dengan rajin berolahraga dan mengambil sayur pucuk paku, maka anda akan mendapatkan berat badan yang ideal. Tentunya hal ini memerlukan aktiviti yang konsisten dan tidak berlaku cepat tanpa usaha.

9. Mencegah hipertensi

Penyakit hipertensi dapat anda cegah sejak awal dengan menggunakan pucuk paku. Sayuran ini sebaiknya anda makan setiap hari jika anda adalah salah satu orang yang sering mengalami gejala hipertensi. Khasiatnya yang semulajadi dalam mengawal tekanan darah anda sehingga tidak akan terjadi kenaikan.

10. Mencegah kenaikan kolesterol

Kolesterol yang berlebih di dalam tubuh anda menambah banyak risiko gangguan kesihatan, terutama risiko timbulnya banyak penyakit. Cara yang paling mudah untuk menurunkan kadar kolesterol iaitu dengan mengamalkan sayuran seperti pucuk paku. Mengapa? Kerana sayur ini punyai anti kolesterol yang tinggi.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Hello Doktor

Baca juga: Makan Nasi Sejuk Baik Untuk Kesihatan Rupanya, Lelaki Ini Beri Penjelasan Sebabnya

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Keria Kentang Manis Bersalut Gula, Tak Sangka Guna Ubi Jenis Ini Pun Sedap Hasilnya

Resepi keria kentang ini sesuai dicuba kalau ada lebihan kentang di dapur. Daripada dibiarkan lama…

14 hours ago

Khairul Aming Lancar Produk Baharu ‘Sambal Nyet Bilis’, Tampil Dengan Rasa Berbeza & Lebih Kick!

Selepas berbulan-bulan menyimpan rahsia dan melakukan persediaan rapi, produk baharu Khairul Aming iaitu Sambal Nyet…

14 hours ago

Resipi Sambal Kering Ikan Pedas Manis, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas

Sambal kering ikan antara lauk yang mudah disediakan tetapi cukup menyelerakan. Gabungan ikan goreng yang…

16 hours ago

Resipi Sup Kosong Ala Kedai Makan, Boleh Juga Dijadikan Kuah Asas Untuk Aneka Menu Sup

Sup kosong sering menjadi pelengkap wajib apabila kita makan di kedai tomyam. Biasanya bila pesan…

17 hours ago

Cara Masak Tempe Guna Air Fryer, Rangup Sedang Elok & Tak Keras Macam Kerepek

Cara memasak tempe sebenarnya tidak semestinya perlu digoreng dalam minyak yang banyak. Jika anda mempunyai…

20 hours ago

Daun Rosemary Bukan Sekadar Herba Masakan, Boleh Buat Spray Rambut Agar Lebih Lebat & Kurang Gugur

Daun rosemary bukan sahaja terkenal sebagai herba yang menaikkan aroma dalam masakan, malah ramai turut…

4 days ago