Guna mesin pembuat roti. Rasa roti masam-masam manis… (Ubahsuai resipi ban sebelum ni sebab mahu habiskan baki stok asam haw/’hawflakes’).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Hawflakes Bread
Guna mesin pembuat roti. Rasa roti masam-masam manis… (Ubahsuai resipi ban sebelum ni sebab mahu habiskan baki stok asam haw/’hawflakes’).
BAHAN-BAHAN
- 180ml air
- 20g mentega
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 330g tepung gandum
- 1 sudu kecil penaik roti
- 1 sudu besar susu skim
- 1 sudu kecil yis segera
- *½ – ¾ cawan hawflakes *
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan kesemua bahan (ikut susunan) ke dalam mesin kecuali yang bertanda *. Ikut arahan mesin masing-masing untuk tetapan ‘500g – with light basic’.
- Sementara itu, pecah-pecahkan asam haw (kasar-kasar, jangan halus).
- Selepas penghujung ulian pertama (mesin anda), bila bunyi ‘beep’, buka penutup mesin dan masukkan asam haw. Atau, ikut arahan pada mesin anda bila masa yang sesuai untuk menghentikan seketika proses menguli untuk masukkan buahan kering (dalam kes ni, masukkan asam haw la kan).
- Roti yang siap dari mesin.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.