Pulut Delima

Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih
Masa Penyediaan: 0 Jam 15 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Delima?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat 
  • ½ sudu teh pewarna merah 
  • 3 helai daun daun pandan (Disimpul) 
  • Sedikit garam

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap). 
  2. Angkat pulut dari periuk kukusan dan sejukkan. 
  3. Masukkan gula pasir, santan pekat, pewarna merah, daun pandan, 
    dan garam ke dalam kuali non-stick. 
  4. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
  5. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat. 
  6. Masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.

Leave a comment