talam sagu

Waktu berbuka puasa, memang tak sah kalau tak adakuih untuk pencuci mulut. Apa kata jom cuba resipi talam sagu yang lembut dan lemak bersantan ini.

Teksturnya kenyal di bawah, lembut berkrim di atas, ditambah pula aroma pandan yang wangi, memang cukup menggoda. Lagi sedap kalau makan sejuk-sejuk.

Kalau nak cuba buat sendiri di rumah, resipi ini sangat mudah dan sesuai untuk pemula. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Talam Ubi Kanda, Bukan Saja Sedap Dimakan Tapi Cantik Dipandang!

RESEPI TALAM SAGU

talam sagu

Bahan lapisan bawah (sagu pandan):

  • 3 sudu makan sagu biji
  • 1 sudu makan jus pandan
  • 2 sudu makan gula (ikut tahap kemanisan)
  • 2 ½ cawan air
  • Pewarna hijau (2–3 titik)

Bahan lapisan atas (santan):

  • ½ cawan tepung beras
  • ½ sudu teh tepung jagung
  • ½ cawan santan
  • ¾ cawan air
  • Sedikit garam

Cara membuat lapisan bawah:

  1. Panaskan air hingga mendidih.
  2. Masukkan sagu biji (tidak perlu dibasuh), kemudian tambah jus pandan dan pewarna hijau.
  3. Kacau seketika supaya sagu tidak melekat.
  4. Masak selama lebih kurang 15 minit, kemudian tutup api dan biarkan dalam periuk bertutup selama 10 minit.
  5. Angkat dan bilas sagu di bawah air paip sambil dikacau menggunakan garpu.
  6. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.
  7. Sudukan ke dalam acuan lompang yang telah disapu sedikit minyak.
  8. Kukus selama 10 minit atau sehingga sagu kelihatan jernih.

Cara membuat lapisan atas:

  1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau hingga sebati, kemudian tapis untuk dapatkan tekstur yang halus.
  3. Masak sekejap atas api hingga naik wap (jangan sampai pekat sangat).
  4. Tuangkan adunan ke atas lapisan sagu dalam acuan.
  5. Kukus selama 8 minit atau hingga masak.

Sumber: Saadiah Husin

Baca juga: Resipi Talam Sri Nona Lembut, Manis & Berlapis Cantik, Kuih Legend Yang Ramai Tak Tahu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN