Nasi Goreng Serai Harum

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Serai Harum?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 keping dada ayam 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • 10 biji cili api              
  • 2 biji cili merah           
  • 3 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih  
  • 1 sudu teh belacan
  • ( Cili api, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan dikisar bersama) 
  • 2 batang serai (dihiris halus) 
  • 5 urat kacang panjang (dipotong kecil) 
  • Garam secukup rasa 
  • 4 cawan nasi sejuk (diperoi) 
  • 2 biji telur 
  • 1 pokok daun bawang (dihiris kasar) 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Ayam dibuang kulit dan hiris nipis. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar, serai, ayam, kacang panjang, dan garam sehingga sebati dan pecah minyak. 
  3. Masukkan nasi dan kacau rata. 
  4. Masukkan telur. Kacau supaya hancur dan gaul rata dengan nasi. 
  5. Taburkan daun bawang dan hidangkan.

Leave a comment