
Kalau tercari-cari resepi cakoi simple tanpa yis, inilah cara paling mudah yang boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahannya ringkas dan tak perlu tunggu doh naik terlalu lama.
Rasanya tetap rangup di luar dan lembut di dalam walaupun tanpa yis. Tekniknya pun tak rumit, cuma perlu uli sampai doh licin dan rehatkan sekejap dalam peti sejuk. Jom cuba!
Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!
RESEPI CAKOI SIMPLE TANPA YIS

Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan air
- 3 sudu kecil baking powder
- 2 sudu kecil baking soda
- 1 sudu besar gula
- Secubit garam
- Sedikit minyak
Cara-cara:
- Ayak tepung gandum bersama baking powder dan baking soda.
- Setelah diayak, masukkan gula dan garam.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh tidak melekat di tangan.
- Apabila doh sudah licin, sapukan sedikit minyak pada doh, masukkan ke dalam bekas atau plastik, kemudian simpan dalam peti ais selama sejam.
- Selepas sejam, keluarkan doh dan biarkan pada suhu bilik. Uli semula doh dan boleh mula dibentuk.
- Panaskan minyak sebelum mula menggoreng.
- Goreng cakoi sehingga keemasan dan sedia untuk dinikmati.
Sumber resipi dan gambar: Syaz Amira
Baca juga: Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Kenyal-Kenyal Manis, Guna 3 Bahan Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














