Asam Pedas Ala Nyonya

Kategori: Nusantara, Masakan Peranakan
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 3 Orang

Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Ala Nyonya?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 3 keping ikan tenggiri 
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • ( Cili kering, lada hitam, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan kerisik dikisar bersama)
  • 1 sudu makan asam jawa (Dibancuh) 
  • 1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2)
  • 5 tangkai daun kesum 
  • 1 sudu makan petis (Otak udang) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 5 biji bendi 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 sudu makan minyak masak 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan ikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. 
  3. Masukkan air asam jawa, garam, bunga kantan, daun kesum dan petis. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, tomato, kacang bendi, dan tunggu sehingga mendidih lagi. 
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

Leave a comment